Sabtu, 24 Oktober 2015

Bajet 2016 ‘bajet tutup skandal’ – Guan Eng

 
Ini berikutan tiada langkah yang diambil kerajaan untuk menyelesaikan masalah 1MDB.


lim-guang-eng,najib


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Bajet 2016 sebagai bajet ‘tutup skandal’.

Ketua Menteri Pulau Pinang membuat dakwaan itu berikutan tiada langsung langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah skandal 1MDB.

Guan Eng juga tidak terkejut dengan pengumuman Bajet 2016 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, tumpuan kepada rakyat di Sarawak juga hanyalah sebagai hadiah untuk menarik undi.

“Ini bajet ‘tutup skandal’..Saya rasa amat perlu fokus kepada Sabah dan Sarawak tetapi ia tidak dapat atasi masalah yang dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi.

“Rakyat sememangnya dibebani dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Namun Najib hari ini tetap melaksanakan GST,” katanya di Lobi Parlimen.

Pada masa sama, Guan Eng turut menolak dakwaan pembangkang menyokong GST.

Katanya, pembangkang tidak pernah menyokong pelaksanaan GST yang sememangnya memberi tekanan kepada rakyat.

Tiada ulasan: