Rabu, 9 September 2015

‘Terima kasih 1MDB’, jawab Nazir Razak

Nazir Razak
Nazir Razak


SHAH ALAM - Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak hari ini berterima kasih di atas maklum balas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) selepas beliau mengeluarkan komen mengenai peletakan jawatan Tan Sri Dr Abdul Samad Alias.

"Sekarang kita ada gambaran lebih menyeluruh versi 1MDB mengenai apa yang terjadi bagi membandingkannya dengan kenyataan Samad semalam," katanya dipetik laporan The Malaysian Insider.

Beliau juga mengalu-alukan supaya 1MDB menghubungi Abdul Samad untuk menyelesaikan perkara tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB bidas Nazir, beri pendapat b'bentuk spekulatif]

Semalam, Nazir didakwa mengeluarkan pendapat atau komen berbentuk spekulatif di laman Instagramnya selepas Abdul Samad mendakwa tidak diberikan sebarang maklumat yang diminta beliau mengenai 1MDB.

"Saya meminta taklimat mengenai keuntungan dan kerugian syarikat (1MDB). Saya menunggu selama enam bulan tetapi tidak ada sebarang taklimat," kata Abdul samad di sebuah persidangan di Kuala Lumpur, semalam.

"Pada 29 Julai, saya hantar surat peletakan jawatan saya," katanya lagi.

1MDB dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan bahawa Presiden/Pengarah Eksekutif Kumpulan itu, Arul Kanda ada menemui Abdul Samad pada Januari dan Mac bagi membincangkan hal ehwal syarikat berkenaan.
  
"Arul berkongsi maklumat mengenai kajian semula strategik dan pelan pembaharuan 1MDB dengan Abdul Samad.

"Ini termasuk pembentangan slaid yang menunjukkan tahap obligasi hutang dan faedah syarikat, serta perbincangan mengenai cadangan untuk menangani isu-isu utama yang dihadapi 1MDB," katanya.


Tiada ulasan: