KUANTAN - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memohon
kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Luar untuk segera
mengekstradisi blogger kontroversi Alvin Tan ke Malaysia.
Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Jailani Johari berkata, Alvin Tan
yang kini dipercayai berada di Amerika Syarikat, perlu diesktradisi
segera agar tindakan undang-undang boleh diambil ke atas blogger
berkenaan, yang baru-baru ini dikatakan menghina agama Islam dengan
memuat naik gambarnya dengan tatu bertulis kalimah ALLAH di paha
kirinya.
"Kementerian sebelum ini, melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
(SKMM) telah menulis surat kepada pihak pengurusan Facebook (FB) agar
memadamkan imej berkenaan yang dimuat turun oleh Alvin di FB miliknya.
"Kini kita mohon kerjasama PDRM dan Kementerian Luar, kepada kerajaan
Amerika Syarikat untuk ekstradisi Alvin supaya blogger berkenaan dapat
dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan yang dilakukannya.
"Alvin tahu, selagi dia berada di luar negara, dia akan terlepas dari
tindakan undang-undang. Sebab itu kita mahu dia segera diekstradisi agar
tindakan sewajarnya dapat dikenakan ke atasnya," kata Jailani.
Jailani berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berakhir
Pertandingan Peringkat Akhir Juara Bertemu Juara Bintang Klasik yang
diadakan di Auditorium Darul Makmur, Sultan Ahmad Shah, RTM Pahang, di
sini malam tadi.
Turut hadir, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abu Bakar Ab Rahim dan Ahli
Parlimen Paya Besar, Datuk Abd Manan Ismail yang mewakili Menteri Besar
Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Beberapa hari lepas, Alvin didapati memuat turun gambar tatu bertulis
kalimah ALLAH di paha kirinya, dan juga kata-kata yang menghina agama
dan umat Islam di FB miliknya.
Sementara itu, peserta dari Kluang, Johor, Rasyidah Abd Rahim, 24,
dinobatkan juara keseluruhan serta memenangi persembahan terbaik pada
pertandingan itu.
Rasyidah yang kini mengandung anak pertama, berjaya membawa pulang
hadiah wang tunai berjumlah RM65,000 dan piala iringan. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan