Khamis, 10 September 2015

‘Suruh dia debat dengan Che Mah ler’-Pegawai Rosmah

 
Rizal Mansor menawarkan diri untuk menjadi moderator sekiranya debat diadakan.


Rizal-Mansor,-facebook


PETALING JAYA: Pegawai Khas kepada Isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor memuat naik status mencabar seseorang supaya berdebat.

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lebih terperinci apakah yang dimaksudkan Che Mah itu, majikannya Datin Seri Rosmah Mansor atau orang lain.

Dalam status yang dimuat naik di Facebook, dia juga menawarkan diri untuk menjadi moderator sekiranya debat diadakan.

“Suruh dia debat dgn Che Mah ler.. Byk benda Che Mah nak debat.. Gua boleh jadi moderator,” tulisnya.

Status yang dikemas kini pada 8 September itu, dilihat mempunyai kaitan dengan kenyataan Rizal sebelum ini yang marah dengan pihak tertentu yang menjual nama Rosmah untuk jual cerita.

Tidak terkecuali, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Bekas Perdana mulakan serangan terhadap Dato’ Sri Najib.. perhatikan bagaimana beliau mulakan dengan isu cincin.. padahal Menteri Tun Dr Mahathir – pun terpaksa “jual” nama Datin Sri Rosmah Mansor sebelum nak beliau sendiri tahu kebenarannya (Beliau yang lancar buku biografi yang turut menjawab fitnah cincin) tapi “terpaksa guna” nama Datin Sri Rosmah untuk menarik perhatian masyarakat…,” tulis Rizal dalam status Facebooknya pada Selasa lalu.

Tiada ulasan: