KUALA LUMPUR - Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Bersih 2.0 tidak
akan menghalang kumpulan baju merah yang berhasrat untuk mengadakan
perhimpunan minggu depan.
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, kumpulan itu mempunyai kebebasan untuk berkumpul.
"Saya rasa mereka ada hak berkumpul dan juga ada hak kebebasan
berekspresi kerana ini ada dalam Perlembagaan kita. Kami tidak akan
hentikan mereka.
"Salah satu tuntutan kami adalah hak untuk berdemonstrasi, jadi, kami
terima ini semua. Terpulang kepada mereka nak cakap apa yang mereka
mahu," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: PKR gesa polis halang himpunan baju merah]
[ARTIKEL BERKAITAN: Baju merah: Pas Selangor larang ahli terlibat]
Penganjuran Himpunan Rakyat Bersatu atau perhimpunan baju merah
dikatakan akan diadakan pada 16 September ini sebagai tindak balas
terhadap perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lepas.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol
Samah berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung sebuah
artikel berbaur perkauman dan hasutan yang menyeru orang ramai menyertai
perhimpunan itu.
Beberapa parti politik turut memberikan reaksi yang berbeza berhubung
perhimpunan yang akan berlangsung pada sambutan Hari Malaysia itu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Polis tak benar 'Perhimpunan Rakyat Bersatu']
Tiada ulasan:
Catat Ulasan