Oleh V Shuman
Model
Mongolia Altantuya Shaaribuu terus menghantui Malaysia, hampir 10
tahun selepas dia di bunuh kejam oleh dua orang komando
polis.Al-Jazeera kini mengeluarkan dokumentari eksklusif selama 26 minit, berjudul “Murder in Malaysia”, membangkitkan kembali kes wanita berusia 28 tahun itu.
Video
tersebut menimbulkan beberapa perkara yang penting, termasuklah
pembunuh- Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, bertindak mengikut arahan
dan menjadi “kambing hitam” orang lain yang mengarahkan pembunuhan
itu.
Anda sedar yang pembunuhan
kejam itu masih lagi merupakan isu yang sensitif di sini, kerana
walaupun selepas hampir 10 tahun berlalu, apabila wartawan penyiaran
yang mengacarakan dokumentari itu- warga Australia Mary Ann Jolley,
diusir keluar dari Malaysia apabila dia berada di sini untuk melakukan
siasatan lanjut.
Ia menampilkan
temubual dengan bapa Altantuya, Shaariibuu Setey, yang bersumpah akan
mencari keadilan untuk anaknya, tanpa mempedulikan apa kesannya.
Ia
bermula dengan menunjukan bahagian lain kehidupan Altantuya- seorang
wanita berdikari, ibu dan anak penyayang, yang akhirnya menemui ajal di
negara asing, kerana hubungan sulit dengan lelaki yang sangat
berpengaruh.
Dokumentari berani itu
juga menimbulkan kembali kemungkinan hubungannya dengan Abdul Razak
Baginda, yang juga ditahan kerana pembunuhan itu walaupun selepas itu
dibebaskan tanpa perlu dibicarakan.
Dokumentari itu
juga menyentuh misteri pengakuan yang bertukar-tukar oleh mendiang
penyiasat peribadi P Balasubramaniam, yang juga merupakan pegawai
keselamatan Abdul Razak.
Pertama
kali Balasubramaniam membuat pengakuan bersumpah mengaitkan Abdul Razak
dengan Altantuya, tetapi menariknya dua hari kemudian, dikatakan
kerana akuan bersumpah itu dibuat di bawah tekanan.
Isterinya
A Santamil Selvi mengisahkan hari-hari penarikan akuan bersumpahnya
dan akhirnya kembara mereka menghilangkan diri ke India selama hampir
lima tahun.
Selepas di usir, Jolley
kemudian memulakan siasatan di Australia, di mana dia bercakap dengan
seorang lelaki warga Australia dikenali sebagai Frank- saudara jauh
Sirul.
Lelaki tersebut, yang enggan
menunjukan mukanya ke kamera kerana bimbangkan tindak balas pihak
tertentu, mengambil Sirul kali pertama dia sampai di Australia hujung
tahun lepas, dan berkata dia tidak mengetahui yang Sirul sedang
melarikan diri selepas membunuh.
Hanya sewaktu dia meminta passport Sirul untuk memperbaharui visa barulah bekas komando polis itu menceritakan semuanya.
Awal
tahun ini Sirul ditahan oleh polis Australia dan kini sedang berada
dalam Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, Australia.
Saudara
Sirul “mendedahkan” senarai nombor perhubungan yang ditinggalkan
Sirul, termasuklah beberapa individu berkuasa di Malaysia.
Ia
juga menunjukan teks mesej Sirul dengan seorang lelaki berpengaruh di
sini, meminta jutaan dolar Australia untuk terus tinggal di sana dan
tidak kembali ke negara ini untuk mendedahkan semua pekung.
Dokumentari itu juga cuba menjalankan temubual dengan Perdana Menteri Najib Razak, yang menolak permintaan itu.
Bagaimanapun,
sebuah kenyataan media di hantar ke Al-Jazeera daripada pejabatnya
memberikan alasan yang banyak kali di ulang yang “PM tidak mengenali,
atau pernah bertemu si mati,” dan “ dua penjenayah telah dihukum
melalui proses perundangan yang teliti”.
Tidak dilupakan bahawa dakwaan Najib terlibat dalam kes itu adalah “niat jahat pembangkang untuk mencemarkan nama PM.”
Satu
perkara yang pasti malah dapat difahami oleh kanak-kanak- Sirul dan
Azilah tidak melakukan pembunuhan itu untuk diri mereka sendiri.
Mereka tidak mengenali Altantuya sebelum pembunuhan, dan mereka tidak mempunyai motif untuk memastikan dia tidak lagi bernyawa.
Mereka bertindak mengikut arahan- tetapi siapa yang memberikan arahan adalah soalan yang masih tidak punya jawapan.
Sehingga
semua persoalan itu terjawab, semangat Altantuya dan mereka yang
hilang nyawa kerana cuba mendedahkan kebenaran ( baca PI Bala) akan
terus menghantui Malaysia.
Tonton video di sini.- See more at: http://bm.theantdaily.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan