Ahad, 20 September 2015

Adakah Najib rakan yang Obama perlukan, soal Washington Post



Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menjemput Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak bermain golf di Hawaii Disember lepas, menampakkan persahabatan yang jelas antara dua pemimpin. – Gambar Reuters, 19 September, 2015. Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menjemput Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak bermain golf di Hawaii Disember lepas, menampakkan persahabatan yang jelas antara dua pemimpin. – Gambar Reuters
 
.
Disember lalu, ketika sedang bercuti, Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menjemput Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak bermain golf di Hawaii, memperlihatkan kemesraan persahabatan yang jelas bagi seorang pemimpin asing.

"Sejak itu, bagaimanapun, Najib bertukar menjadi semakin tidak layak sebagai seorang sahabat," kata The Washington Post dalam lidah pengarangnya.

Mempersoalkan persahabatan Obama dengan Najib, akhbar Amerika itu mengkatalogkan senarai tingkah laku "tidak layak" sejak mereka bersantai di padang golf itu, dari pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim "atas tuduhan yang terang-terangan direka", kepada menggunakan undang-undang hasutan, di mana Najib sendiri pernah berjanji untuk mansuhkan, terhadap pembangkang, hingga kepada mendakwa seorang kartunis kerana tweet ditulisnya. 
 
 Kemudian, terdapat juga tuduhan di sekitar pemindahan AS$700 juta ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri dan soalan mengenai transaksi kewangan serta hutang syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Washington Post menyatakan, Najib bertindak balas kepada soalan dan dakwaan itu melalui penyingkiran bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas peguam negara, antara lain, dan melumpuhkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan penggantungan akhbar di bawah penerbitan The Edge.

Senarai itu berakhir dengan tindakan mengharamkan warna kuning Bersih 4, serta perhimpunan baju merah baru-baru ini yang berbau perkauman.

"Najib pernah sekali meletakkan dirinya sebagai seorang pembawa pembaharuan yang akan membawa sebuah negara yang seakan autoritarian kepada demokrasi tulen.

"Sekarang beliau sedang cuba untuk mengukuhkan kedudukannya dengan menggunakan aliran yang paling teruk dalam politik Malaysia: cauvinisme etnik dan fundamentalisme Islam," kata lidah pengarang akhbar berpengaruh itu.

Presiden Obama akan melawat Malaysia pada November. AS sudah lama mengharapkan Malaysia untuk menyokong Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mereka.

Akhbar itu menimbulkan soalan kepada presiden, sama seperti yang diajukan Nurul Izzah Anwar kepada pegawai-pegawai di Amerika Syarikat: "Untuk semua yang anda laburkan di Malaysia, adakah anda mendapat nilai wang anda?"

Akhbar itu berkata, Najib mungkin bekerjasama dengan agensi perisikan AS dan perwakilan dagangannya, tetapi penindasan yang dilakukannya dan tindakannya memenuhi kehendak rasis dan pelampau Islam menimbulkan risiko musnahnya asas persahabatan yang Obama ingin jalinkan.

"Pada masa depan sekiranya Obama bertemu teman bermain golfnya itu, beliau sepatutnya menjelaskan perkara itu," kata akhbar itu.


1 ulasan:

PAK JUNAIDI berkata...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB