Roketkini.com
KUALA LUMPUR: DAP mempersoalkan sama ada Timbalan
Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan akan berjaya
meyakinkan Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan masalah 40 tahun pendatang
asing tanpa izin (PATI) di negeri itu.
“Apakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kabinetnya bersedia memberi Pairin kuasa penuh bagi melaksanakan cadangan-cadangan laporan RCI?
“Tiada guna jika Pairin dipuji sebagai ‘patriot Malaysia sejati’, jika Najib tak bersedia memberi kuasa penuh kepadanya melaksana cadangan RCI dan menyelesaikan masalah 40 tahun pendatang haram,” katanyadalam satu kenyataan.
Katanya lagi, ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-5 pada Mac 1986, sebahagian besar ucapannya tertumpu kepada isu pelarian, temasuk PATI Filipina di Sabah yang dianggarkan berjumlah kira-kira 300,000 orang.
Justeru, beliau sendiri mengusulkan di Parlimen bahawa PATI harus dihantar semula ke negara asal, dengan peringatan bahawa wujud konspirasi untuk membenarkan mereka mengundi dengan tujuan mengubah lanskap politik Sabah.
Isu tersebut kemudiannya meleret kepada skandal pemberian kad pengenalan biru kepada PATI yang didaftarkan sebagai pemilih, yang diketahui sebagai ‘rahsia umum’.
“Kebimbangan yang saya nyatakan di Parlimen pada 1986 telah terjadi berdasarkan perubahan dalam demografi politik dan sosio-ekonomi di Sabah.
“Ini berpunca akibat pemberian hak mengundi secara gelap, yang merupakan subjek RCI Mengenai Pendatang Tanpa Izin di Sabah,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Najib pada 6 November lalu memuji Pairin dan menyifatkannya sebagai ‘patriot Malaysia sejati’ kerana pendirian teguh memastikan Sabah terus berada dalam Malaysia.
Namun kata Kit Siang, persoalannya apakah sehingga menjelang 2014 masih tidak ada penyelesaian kepada masalah ini, selain daripada pengulangan melalui pengumuman dibuat Perdana Menteri.
“Apa yang diperlukan sekarang bukannya ulasan lanjut, tetapi pelaksanaan segera cadangan dikemukakan RCI.
“Tidak ada perkara yang lebih runcing dan kritikal dalam mesyuarat kabinet Jumaat ini.
“Ia ibarat hari penentuan. Sama ada masalah 40 tahun di Sabah ini diselesaikan, atau sekadar menangguhkan pengulangan masalah sama,” ujar Kit Siang lagi. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan