Pembangkang Selangor hari ini menyelar tindakan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Selangor yang tidak hadir sidang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini.
Katanya, walaupun beliau difahamkan Wan Azizah tidak hadir kerana berada di luar negara, namun sebagai wakil rakyat, beliau perlu mengutaman sidang DUN yang bermula Isnin lalu.
"Sidang ini baru bermula, berilah keutamaan. Kita kena ambil pendirian bahawa Dewan itu penting untuk bagi pendapat.
“Dia sepatutnya hadir ke Dewan sebab kawasan dia sekarang berlaku banjir kilat. Kalau begini, bagaimana nak ada tanggungjawab," kata ADUN Sungai Burong itu.
Menjawab kritikan itu, beliau menjelaskan bahawa telah menghantar notis ketidakhadirannya pada hari pertama dan kedua.
"Saya dah beri notis tak dapat hadir. Bukan saya 'tuang' (ponteng).
“Dibandingkan mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri, ketua pembangkang lebih kerap lagi (tak datang)," katanya ketika ditemui pemberita.
Tuntut JK banjir bawah MB
Sementara itu, ketika membahaskan belanjawan 2015, Wan Azizah mencadangkan supaya satu jawatankuasa ditubuhkan bagi menangani masalah banjir di Selangor.
Katanya, jawatankuasa itu perlu dipengerusikan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sendiri.
"Ini bukan satu polemik. Siapa yang jadi menteri besar dia bertanggungjawab.
“engan hati terbuka, saya ingin katakan jawatan ini penting dan penuh dengan amanah dan tanggungjawab," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan