Jumaat, 28 November 2014

MB : SelangorKini telus, papar berita pembangkang, aduan rakyat & kritikan membina

Oleh: AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM : Akhbar rasmi Kerajaan Negeri, Selangor Kini berpegang kepada prinsip media dan profesionalisme kewartawanan apabila memaparkan berita secara telus termasuk dari pihak pembangkang (Barisan Nasional).

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia terbukti melalui paparan berita daripada Adun Semenyih bertarikh 7 November dan Adun Kuang pada 14 November.

Cover Selangorkini Disember 1 2014“Selangor Kini diterbitkan bagi menyampaikan dasar dan program Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pencerahan kepada rakyat.

“Berpegang kepada prinsip media dan profesionalisme kewartawanan, Selangor Kini tidak memaparkan berita satu pihak sahaja tetapi termasuk pembangkang yang selalu mengkritik Kerajaan Negeri,” katanya sambil disambut dengan ketukan meja oleh Adun lain sebagai sokongan.

Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini hari ini.

Selain itu, Mohamed Azmin berkata rakyat juga boleh menyuarakan masalah setempat malahan mengkritik agensi kerajaan melalui segmen “apa kes” yang menjadi medium aduan rakyat di Selangor Kini.

Katanya pengurusan Menteri Besar Incorporated (MBI) yang baru juga akan diminta untuk melihat usaha penstrukturan Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) yang mengurus akhbar berkenaan.

“Pengurusan MBI yang baru pada awal Disember diminta untuk melihat usaha penstrukturan CCSB bagi menjamin keberkesanan saluran komunikasi termasuk kos pengurusan dan urus tadbir yang baik,” katanya yang juga Adun Bukit Antarabangsa.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya tidak mempunyai halangan untuk mengkaji penerbitan semula akhbar Selangor Times berdasarkan keperluan dan kos operasi.

Malah katanya, Selangor Indru (akhbar versi Tamil) juga akan dikaji penerbitannya untuk membolehkan akhbar itu diterbitkan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sebulan.EZY

Tiada ulasan: