Jumaat, 28 November 2014

Pemimpin UMNO tidak asli, suka berlakon

 
Pemimpin kita pula, jika ada pilihan raya kecil baru nak turun, berlakon menjadi penoreh getah, nelayan atau penjual ikan di pasar. Keaslian dalam pimpinan itu tidak ada

Permatang Pauh Umno division chairman Mohd Zaidi Mohd Said


KUALA LUMPUR: Wakil Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaidi Said hari ini mencetuskan tamparan tepat dan kuat kepada barisan pemimpin UMNO apabila secara terbuka berkata, ” Keaslian dalam pimpinan itu tidak ada.”

Lebih keras lagi apabila beliau menyifatkan para pemimpin parti “suka berlakon” sehingga membawa kepada kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Tegasnya, rakyat dan pengundi hari ini sudah bijak menilai ciri kepimpinan dan tidak suka pemimpin yang berlakon dan menipu rakyat.

Sehubungan itu beliau mencadangkan, para pemimpin melihat karisma yang ada pada Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra dengan panggilan Jokowi.

“Jokowi walaupun tiada rupa, pakaian biasa-biasa, namun keaslian yang ditonjolkan menarik minat dan mendapat sokongan daripada rakyat Indonesia. Beliau hanya bermula sebagai gabenor dan menjadi Presiden dalam waktu yang singkat.

“Pemimpin kita pula, jika ada pilihan raya kecil baru nak turun, berlakon menjadi penoreh getah, nelayan atau penjual ikan di pasar. Keaslian dalam pimpinan itu tidak ada,” katanya semasa membahas ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agong UMNO 2014.

Sebaliknya Zaidi mendakwa, Pakatan Rakyat (PR) dilihat kuat hanya kerana berusaha menunjukkan perbuatan yang tidak betul dalam kerajaan Barisan Nasional sedangkan ujanya, ”Di dalam perjuangan PR tidak pernah menjanjikan apa-apa seperti yang dibuat oleh BN.”

“Siapa lagi yang hendak kita harapkan untuk memperjuangkan orang Melayu. Hanya UMNO sahaja kita boleh harapkan. Lihat DAP, suruh menyanyi lagu negaraku di pangung wayang pon dipertikai. Bagaimana nak suruh mereka perjuangkan negara,” ujarnya.

Tiada ulasan: