ASPAN ALIAS
Dalam beberapa hari yang lepas PM
Najib tidak lekang dari memberikan pandangan yang UMNO perlu di remajakan dan
pemimpin yang sudah lama patut memberikan laluan kepada yang muda. Ramai di antara
yang memberikan pandangan dan komen, mempunyai pendapat yang kata-kata itu
adalah satu ‘signal’ dan isyarat yang beliau mahukan Muhyiddin memberikan
laluan kerana di kalangan pemimpin yang memimpin kerajaan dan parti Muhyiddin lah
yang tertua sekarang ini.
Dua isu yang disebut yang sedang
disentuh oleh ramai secara ‘parallel’ hari ini ialah persepsi yang Muhyiddin
tidak selari dengan Najib dalam banyak hal dan keyakinan ramai yang Najib
mahukan Hishamudin Hussein untuk mengambil alih kepimpinan dari beliau. Bagi
Najib kata setengah pendapat, Hishamudin merupakan pemimpin yang boleh menjamin
beliau (Najib) boleh hidup dengan aman dan tenang sesudah bersara nanti. Samada
persepsi ini benar atau salah itu masa akan menentukannya.
Tetapi yang saya hendak sentuh
bukan isu Muhyiddin atau mana-mana di kalangan pimpinan UMNO dalam Majlis
Tertinggi itu tua atau muda dari segi umur dan usia mereka, tetapi kita lihat
mereka mendefinasikan yang muda itu adalah dari segi umur dan usia itu sahaja.
Parti mungkin dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang muda dari segi umurnya,
tetapi parti itu tetap sebuah parti yang mempunyai penyakit seperti penyakit
orang tua.
Jika pun Hishamudin diusahakan
untuk mengambil alih kepimpinan parti sekali pun, adakah ia pasti UMNO itu
tidak menghidapi penyakit tua nya? Adakah persepsi rasuah yang melekat kuat
kepada UMNO itu akan hilang jika Hisham mengamboil alih walaupun Hisham itu
masih muda terang tang tang. Saya rasa Azeez Rahim masih muda tetapi adakah
negara akan selamat jika Azeez diberikan tempat utama untuk menjaga negara dan
rakyat diserahkan masa depan nya kepada Azeez misalnya?
Ramai pemimpin dalam Majlis
Tertinggi sekarang ini masih muda tetapi remaja kah UMNO itu jika diserahkan
kepimpinan negara kepada mereka. UMNO tetap akan menghidap penyakit tua nya
jika di antara mereka-mereka yang muda-muda dalam Majlis Tertinggi UMNO itu
memimpin negara.
Apakah yang tua nya dalam UMNO
itu? Tua nya UMNO itu ialah dari segi penyakit terminal yang sedang mereka
hadapi. Apakah penyakit tua yang sedang UMNO hadapi itu? Penyakitnya ialah
penyakit sudah lemah daya pemikiran dan lemah dalam mentadbir rakyat dan
negara. Rasuah itu merupakan penyakit ‘terminal’ yang tidak lepas dari UMNO
kerana rasuah itu sudah menjadi budaya yang tidak lagi salah untuk dilakukan
oleh pemimpin UMNO sekarang ini.
Lagi satu penyakit yang dihidapi
oleh UMNO sekarang ialah mereka sudah hilang ingatan tentang bagaimana pimpinan
terdahulu membina parti itu. Mereka sudah tidak dapat membezakan di antara
tangan kanan dan tangan kiri. Yang mana satu yang baik dan yang buruk dilakukan
oleh pimpinan dahulu pun sudah tidak mereka ketahui lagi. Fikiran pimpinan UMNO
dalam Majlis Tertinggi walaupun ada yang muda seolah-olah sudah mengidap
penyakit terencat akal.
Lepas satu isu dan skandal timbul
akan datang lagi satu isu dan skandal besar yang akan berlaku dihadapan mata
rakyat. Pemimpin-pemimpin muda termasuk memainkan peranan dalam skandal-skandal
besar yang dilakukan oleh UMNO itu, setidak-tidaknya mendiamkan diri dan
membiarkan ia berlaku kerana kepentingan masa depan peribadi mereka.
Oleh itu kita bertanya kepada
Najib, siapa kah pemimpin muda yang beliau hendak cari itu? Apakah definasi
muda dan remaja yang beliau maksudkan itu? Bukan kah Majlis Tertinggi itu sarat
dengan mereka yang berpenyakit tua seperti disebutkan tadi? Siapa yang tua dan
siapa yang muda yang anda maksudkan itu?
Apakah ‘testimonial’ secara
organik kepimpinan terhadap negara yang ada dikalangan pimpinan Majlis Tertinggi
sekarang ini. Apakah jasa kepada negara yang mereka telah buktikan selain dari
membawa negara ketahap sekarang ini?
Meremajakan negara bukannya
dipandang dari sudut umur. Meremajakan negara dan kerajaan itu ialah membawa
negara dan politik kepada ‘ambience’ yang baru yang lebih ‘pragmatic’ dan
berdiri di atas bumi yang nyata yang sesuai dengan keperluan negara kita yang
unik ini. Rakyat sudah loya dengan situasi politik sekarang ini yang amat
membimbangkan kita semua.
Lagi pun yang muda tidak
semestinya mempunyai ‘attribute’ orang tua. Tua atau muda itu bergantung kepada
keadaan organ-organ dalam tubuh mereka. Ramai yang masih muda telah menghidapi
penyakit kencing manis dan tidak berupaya untuk berfikir dengan betul. Ramai
yang masih dibawah enam puluh tahun umurnya sudah hilang keseluruhan kekuatan
fisiknya kerana lemah jantung, kerana jantungnya sudah tua dan tidak berfungsi
dengan baik.
Ramai yang masih muda tidak
mempunyai buah pinggang yang baik lagi kerana buah pinggangnya sudah tua
walaupun tubuhnya masih muda. Walaupun mereka muda tetapi banyak organ-organ
dalam tubuh mereka sudah terlalu tua dari tubuh mereka dan itu pun sebabnya
kita melihat ramai yang mati sebelum tua. Itu semua kerana kerosakan
organ-oragan mereka.
Di sebaliknya ramai yang sudah
berusia masih mempunyai organ-organ yang muda terutamanya otak dan pemikiran
mereka. Walaupun sudah berusia, gigi
mereka masih penuh dan boleh berenang dengan baik. Pendeknya yang patut di
pandang ialah organ-organ dalam tubuh mereka. Mampukah organ yang terpenting
iaitu otak dan pemikiran mereka tidak lemah.. atau mana-mana organ yang lain
yang tidak berfungsi dengan baik?
Bukan sedikit di kalangan yang
muda terpaksa dilakukan pembedahan kerana ada organ-organ yang sudah rosak
walaupun masih muda. Ada
yang terpaksa membuat ‘bypass’ kerana saluran darah mereka sudah tersumbat
kerana terlalu banyak makan yang lemak-lemak dan makan terlalu banyak. Bukan
gitu?
Kita perlu cari pemimpin yang
masih muda daya pemikiran mereka dan lebih bertanggungjawab kepada ramai dan
negara. Ramai pemimpin-pemimpin muda dalam UMNO sekarang ini akan menjadi tua
apabila menyertai UMNO dengan mengamalkan cara tua UMNO sekarang ini.
Elok diadakan debat perdana
tentang isu muda dan tua yang disebut oleh Najib ini kerana beliau hanya
melihat dari segi dan sudut umur dan usia sahaja. Beliau seolah-olah memberitahu
kita untuk UMNO selamat wajar pemimpin yang muda tanpa mengira samada mempunyai
‘wisdom’ atau pun sebaliknya.
Kita perlu lihat dari sudut
penting yang lain dalam usaha meremajakan negara. jangan memilh yang muda
semata-mata untuk diperguna menutup segala kekotoran dan noda yang kita telah
lakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan