Jumaat, 28 November 2014

Kekal Akta Hasutan MIC tidak diberitahu

 
S.Subramaniam: Tidak ingat sama ada isu untuk kekalkan Akta Hasutan pernah dibincang dengan parti komponen BN .


Dr.S.SubramaniamKUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC Datuk Dr.S.Subramaniam berkata keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948 tidak pernah dibincangkan dengan MIC.

Katanya, beliau tidak ingat sama ada pernah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu bersama parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain ataupun tidak.

Bagaimanapun, beliau percaya tindakan Perdana Menteri membuat keputusan tersebut adalah tepat demi memelihara perpaduan serta mempertimbangkan isu-isu sensitif yang menjadi pertikaian banyak pihak jika akta tersebut dihapuskan.

“Tetapi beliau (Najib) juga menjelaskan akan mengkaji beberapa elemen dan memperketatkan bahagian yang perlu diliberalkan isu politik dan pemikiran yang dikemukakan secara sihat.

“Kita akan membincangkannya kemudian di peringkat Kabinet dan sesama kami untuk memberi pendapat dan pandangan walaupun ia tidak akan membawa sebarang perubahan,” katanya di lobi Parlimen ketika ditemui pemberita semalam.

Tiada ulasan: