MALAYSIAKINI
Kumpulan ADUN pembangkang bertindak memboikot persidangan DUN hari ini
kerana kecewa dengan tindakan seorang exco DAP, Phee Boon Poh yang
didakwa membangkitkan isu remeh-temeh.
Laporan Utusan Online menyebut, ketua pembangkang Datuk Jahara Hamid
berkata perkara itu timbul rentetan daripada perbahasan mengenai isu
kandang babi di negeri itu.
“Kelmarin
apabila saya bangkitkan isu berkenaan kandang babi di negeri ini,
(Phee) Boon Poh bangkit dan menempelak kononnya saya cuba menghalang
masyarakat Cina untuk makan haiwan berkenaan.
“Sedangkan, saya mempersoalkan berkenaan kandang babi bukan amalan makan
haiwan berkenaan,” katanya seperti dipetik dalam laporan media milik
Umno itu.
Menurutnya lagi, tindakan ADUN Sungai Puyu itu seolah-olah cuba mengelirukan rakyat berhubung isu kandang babi.
“Tetapi mengapa ketika ADUN Seberang Jaya yang bertanggungjawab dalam
hal ehwal kesihatan di negeri ini mengaitkan wabak penyakit dengan babi,
Boon Poh tidak menentang. Mengapa ada pilih kasih dalam soal ini?,”
soalnya lagi.
Meluat dengan tindakan tersebut, beliau bersama sembilan lagi ADUN
pembangkang bertindak memboikot persidangan hari ini, kata Jahara lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan