Khamis, 13 November 2014

Ibu tangkap anak lelaki jiran lakukan seks oral pada anaknya

ANTARAPOS.COM


Post Pic
( Gambar hiasan )
 
 
MELAKA:  Seorang surirumah dari Bukit Rambai, Melaka berang setelah dia menangkap seorang budak lelaki berusia empat tahun melakukan seks oral terhadap anak lelakinya berusia tiga tahun.
 
Ibu berusia 32 tahun itu berkata kini dia terpaksa menjaga anaknya setiap kali masuk tidur atau ke bilik mandi kerana anaknya kini mula melakukan perkara terlarang sendiri.
 
"Saya terpaksa pukul tangannya dan marah dia setiap kali dia berbuat begitu dan saya tertekan melihat dia terdedah kepada perkara sebegitu pada usia yang sangat mentah.
 
"Apa yang boleh kami lakukan sekarang ialah hantar dia ke kelas agama dan beritahu dia apa yang betul dan salah," katanya yang dipetik daripada The Star.
 
Suri rumah itu menangkap anak jirannya melakukan seks oral di luar rumah mereka pada pukul 5.30 petang pada 7 November.
 
"Saya mula berjaga-jaga setelah beberapa orang jiran berkata budak yang sama juga telah melakukan sesuatu pada anak lelaki mereka."
 
"Pada mulanya saya tak berapa percaya dengan dakwaan jiran-jiran, kemudian saya disaksikan sendiri dengan mata kepala saya," katanya,
 
Suri rumah itu turut memberitahu yang anaknya mengadu alat kelamin sakit sejak bulan lepas tetapi tidak mengesyaki apa-apa yang buruk.
 
"Ketika saya melihat perbuatan yang menjijikan itu baru saya sedar perkara ini sudah berlaku lama dan jiran-jiran menyatakan yang betul.
 
"Saya tak salahkan anak jiran kerana masih kanak-kanak dan dia mungkin meniru perbuatan seperti itu setelah terlihat bahan lucah," tambah beliau.
 
Bagaimanapun, surirumah itu berasa kecewa dengan reaksi ibu bapa kanak-kanak itu.
 
"Kedua ibu bapa mempertahankan anak mereka dan tuduh saya reka cerita.
 
"Saya beritahu amak mereka perlukan bantuan dan perlu dipulihkan tetapi mereka dicabar saya buat laporan polis pula," katanya.
 
Suri rumah itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak keesokan harinya. 
 
Dia memberitahu seorang doktor klinik swasta mengesahkan terdapat kecederaan pada alat kelamin anaknya apabila dibawa untuk pemeriksaan.
 
"Anak saya sukar buang air kecil dan masih memerlukan rawatan," jelasnya.
 
Sumber polis memberitahu  siasatan masih dijalankan dan polis sudah bercakap dengan kedua ibu bapa kedua anak lelaki yang terlibat kerana ia melibatkan kanak-kanak.

Tiada ulasan: