KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah menanggung kos sebanyak RM33.4 juta bagi
menampung kos operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa nahas MH370
dan MH17.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata seramai 3,732
penjawat awam daripada pelbagai agensi termasuk pasukan keselamatan juga
terbabit dengan operasi SAR pesawat MH370 dan MH17 itu.
"Sehingga kini kos operasi 'search and recovery' ditanggung sendiri
oleh negara-negara terbabit," katanya dalam jawapan bertulis menjawab
soalan Ng Wei Aik (DAP-Tanjong) di Parlimen, hari ini.
Wei Aik ingin tahu jumlah kos ditanggung kerajaan dan bilangan penjawat awam terbabit dengan SAR pesawat MH370 dan MH17.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan