Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melakukan kajian
mendalam untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik bagi
warga negara yang mencapai usia 21 tahun.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, jika pendaftaran automatik itu dilakukan ia akan menyebabkan pertambahan jumlah pengundi secara mendadak di beberapa kawasan.
“Walaupun terdapat desakan parti politik untuk melaksanakan kaedah pendaftaran secara automatik itu, SPR tidak mahu menjadi ‘karung tinju’ pihak tertentu.
"Jika ia dilaksanakan, SPR akan bergantung 100 peratus dengan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ia akan menjadi sukar kepada pihak SPR jika terdapat masalah pada data itu seperti alamat tidak lengkap atau maklumat silap,” katanya.
Kami kena berhati-hati. Bila bercakap, ia kedengaran senang tapi susah untuk dilakukan. Misalnya ada pertambahan akibat pendaftaran secara automatik melibatkan 500,000 pengundi, SPR akan dianggap tidak bersih pula," katanya.
Abdul Aziz berkata, demikian semasa merasmikan Seminar Pilihan Raya Kecil bertemakan 'Peranan Media, Isu dan Parti Politik' anjuran bersama Projek Nasional Khas (Media, Demokrasi dan sistem Elektoral), Majlis Profesor Negara (MPN) dan Unit Penyelidikan Elektoral Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.
Pemuda Pas sebelum ini pernah dilaporkan mendesak supaya kerajaan melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik bagi warga negara yang
mencapai usia 21 tahun, malah melancarkan kempen Auto21 pada Julai lepas bagi tujuan itu.
Selain itu Abdul Aziz menambah pihaknya masih berhadapan dengan kesulitan berhubung alamat pengundi kerana ramai pengundi yang membuat permohonan pertukaran alamat baharu kepada JPN tidak mengemaskinikan perubahan alamat mereka dengan SPR.
Beliau juga memberitahu pihaknya juga meneliti kesesuaian melakukan pendaftaran pengundi secara dalam talian kerana pelaksanaan secara manual dengan mengisi borang juga masih berlaku banyak kesilapan.
Abdul Aziz berkata, pihaknya terbuka menerima cadangan dan idea daripada sebuah badan profesional bebas seperti MPN supaya proses penambahbaikan sistem SPR boleh dilakukan dengan lancar.
Berhubung isu persempadan semula, Abdul Aziz berkata ia perlu dilakukan kerana pertambahan pengundi yang dijangkakan menjadi 18 juta orang pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018. Persempadan semula yang merupakan kali keenam dilakukan adalah bagi memudahkan wakil rakyat untuk berkhidmat dengan lebih baik dan mendekati pengundi, tambah beliau. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan