sakmongkol.blogspot
Pencalunan
Dyana Bt Daud sebagai calun parlimen di Teluk Intan membuat UMNO seperti hilang
akal. Para pemimpin yang betaraf menteri pun mengeluarkan kenyataan yang amat
dangkal.
Adenan
bin Manzur, s/u agung UMNO dan menteri mengugut penduduk Teluk Intan, jika
mahukan pembangunan dan kemajuan, pilih lah Mah Siew Keong, calun BN. Mah sudah
dua penggal jadi MP Teluk Intan dan pernah jadi menteri- tidak juga dibangunkan
Teluk Intan. Tindakan yang dia lakukan ialah memaksa kolej komuniti membeli
sederetan bangunan yang tidak laku
kerana membantu kepentingan golongan peniaga. Akibat nya, pihak koleh komuuniti
ketandusan wang.
Jadi
kemajuan dan pembangunan apa yang Adenan Manzur cakap?
Boleh
jadi Adenan Manzur ini tidak bersekolah tinggi. Tangung jawab kerajaan
memanglah membawa pembangunan kerana dana untuk pembangunan dikuasai mereka.
Jika wang tersebut ada dalam tangan pembangkang, rakyat tidak lansung
memerlukan BN dan tidak perlu Adenan Manzur mengugut pengundi Teluk Intan.
Rahman
Dahlan, menteri perumahan dari Sabah mengeluarkan kenyataan yang sangat
dangkal. Dia benar2 membodohkan pengundi Teluk Intan dan menconteng arang
dimuka mereka. Dia menyebut adalah bodoh jika rakyat Teluk Intan memilih calun
kerana calun itu cantik.
Jadi
mengikut Rahman Dahalan, pengundi Teluk Intan ini pada dasar nya bodoh.
Nyatalah ini suatu penghinaan kepada akal budi pengundi Teluk Intan. Pengudni
tahu keriteria mahu menyokong siapa. 52% pengundi yang menyokong PR dalam PRU13
tidak memilih calun2 mereka berdasarkan kecantikan. Mereka menolak BN kerana
dasar yang mereka jalankan dan pengundi muak kepada keangkuhan pemimpin
kerajaan seperti yang diwakili oleh orang macam Rahman Dahalan.
Nak
buat macam mana? Budak Dyana Daud ini ditakdirkan berupa demikian. Jika
kecantikan seseorang jadi penentu pemilihan, maka mengapa BN tidak mencari
calun diantara ribuan puteri2 UMNO yang suka rhumba dan zhumba itu? Sesiapa yang tahu dan kenal Mah, sudah pasti
tahu Mah berambut uban dan putih. Tapi untuk mencantikkan ketrampilan Mah ,
dalam poster nya, rambut yang putih dihitamkan, dan wajah nya di touch up
supaya kelihatan lebih tegang kulit dan bergetah.
Apa
sudah jadi pada UMNO yang dibangunkan
tahun 1946, yang penuh dengan idealism dan sekurang2 ny amenampak dan
mengamalkan disiplin? Kualiti kepimpinan nya sudah menurun dan parti itu
dirampas kuasa oleh kontraktor jalanan yang laku perangai nya tidak lebih dari
gerombolan pemuda yang merempuh masuk sidang dewan undangan negeri pulau pinang
. sama seperti mentality gerombolan pemuda yang tunjuk perasaan condong kepada
keganasan dan mengugut mahu membakar ibu pejabat DAP. apa sudah jadi kepada
UMNO?
Ada
rakyat yang terasa, bangkit mengugut mahu membakar ibu pejabat UMNO atau bakar
rumah Najib di Pekan, bila Najib yang mulut memang celupar meng-haramjadahkan
peneroka yang berbangsa melayu? Tidak ada. Ini perkataan celaka disifatkan
sebagai menghina sangat bangsa Melayu.
Hoi-
bangsa Melayu terhina dan dihinakan oleh dasar yang UMNO laksanakan. Kelompok
yang paling miskin dikalangan 40% rakyat yang miskin ialah Melayu. In setelah
UMNO berusia 68 tahun dan memerintah 57 tahun, keadaan orang Melayu tidak
diselesaikan.
Lihat
sahaja apa dasar pembangunan yang UMNO dan BN tawarkan di Teluk INtan. Tanah
majlis bandaran diperlakukan JV bikin bangunan, tapi bangunan setiap satu
berharga RM1.4 juta? Berapa kerat orang Melayu dapat membeli bangunan seperti
ini pada harga yang demikian? sedangkan tanah tersebut asalnya milik Melayu.
Sebuah pusat perubatan tersergam indah di kawaan Batak Rabit di tengah2 desa yang
di diami oleh majority nya Melayu. Ini tanah asalnya kerajaan yang punya di
ambil dan diserahkan oleh kerajaan piminan UMNO kepada bangsa lain.
Orang
Melayu dihina dalam senyap apabila kerajaan Melayu yang diberikan amanah oleh
orang Melayu menjual dan menggadai tanah milik Melayu dan kerajaan kepada
bangsa lain tanpa gantian.
Penghinaan
ini lebih dasyat dari istilah celaka yang digunakan. Dan pekataan celaka itu
dilimparkan secara khusus kepada beberap pemimpin UMNO yang Melayu nya belum
sahih! Reezal Merican Naina Merican nama nya- Melayu atau apa dia ini?
Orang
melayu telah lama dihina dan diperbodohkan apabila nilai yang dibawa oleh UMNO
memusnahkan nilai budi orang Melayu. Ada kita lihat golongan cina menyebut
hidup cina dan berarak mahu membunuh orang Melayu? Ada kita lihat orang Cina
menyebut hidup Cina dan menghantar ah
keong rempit menganggu ceramah?
Warga
Melayu yang menjerit dalam ketrampilan yang mengancam semasa calun Melayu DAP
dan menjerit2 jangan bawa kafir mask kedalam kampung ini lupa, yang UMNO suruh
pilih seorang kafir juga.
Ini
pertandingan calun Melayu DAP lawan calun Cina BN. UMNO yang menjuarai Melayu mengajak orang
Melayu memilih seorang Cina mengatasi seoarang anak bangsa Melayu? Gerakan yang lawan, tapi UMNO yang menjuarai
Melayu itu bersungguh sungguh mahu bunuh anak bangsa sendiri.
Padan
muka, rasism dan perkauman UMNO memerangkap dirinya sendiri.
UMNO
memasag gambar yang menunjukkan BN itu gabungan parti berbilang bangsa. Tapi
UMNO itu sendiri berbilang bangsa? MCA berbilang bangsa? Gerakan yang lama
memerintah pulau pinang dahulu pernahkah mereka meletakkan calun Melayu untuk
bertanding? MIC berbilang bangsa?
Yang
berbilang bangsa ialah DAP. benar, jumlah orang Melayu sekarang tidak ramai
dalam DAP. sebab DAP lama jadi momokan
dan bogeyman UMNO untuk menakutkan orang Melayu. Tapi ia parti yang
berbilang bangsa dan majoriti ahli nya dan pemimpin nya bangsa cina. Itu fakta
yang kita tidak sorok dan tidak nafikan. Melayu tidak diberi masuk kedalam DAP
tapi UMNO mahu bising mengapa tidak ramai Melayu dalam DAP.
Dap
bukan ujud untuk menyelesaikan masaalah UMNO. Saya Melayu dalam DAP tidak ada
masaalah jika pemimpin tertingginya bukan Melayu. Sebab saya tahu, jika DAP
menang semua kerusi pun, mereka tidak dapat menubuhkan kerajaan federal tanpa
sokongan orang Melayu. Tapi DAP enggan berkerjasama dengan parti seperti UMNO.
Merka mahu berkerja sama dan berpakat dengan parti yang mewakili orang Melayu
yang menerima matlamat membina seuah kerajaan yang mendaulatkan undang2 dan menjalankan
dasar yang adil dan saksama.
Kalau
UMNO mahukan lebih ramai Melayu- maka sokong
keinginan ramai Melayu masu masuk DAP. dan bila ada Melayu masuk DAP,
maka melayu tersebut jangan dianggap
sebagai pembelot, pengkhianat, penyembah tokong lim dan tidak tahu bersyukur.
Pengajaran
Nabi Musa patut jadi panduan kepada orang Melayu. Musa AS diselamatkan oleh
isteri Firaun. Dia membesar dibawah penjagaan Firaun. Susah senang sakit pening
semua dijaga oleh Firaun.
Tapi
akhirnya Musa bangkit menentang Firaun. Maka jika kita pakai definisi UMNO
seperti pandangan dangkal dari cukgu sekolah Rendah MP Lenggong, Musa lah orang
yang paling tidak bersyukur dan beterima kasih. Bukan demikian? Membesar dan
hidup kerana Firaun, tapi kemdian dia gigit tangan Firaun.
Ini
soal lepasan UITM dan penerima habuan kesan DEB mahu dituduh tidak bersukur dan
berterima kasih- apalah sangat khianat dan pembelotan ini berbanding dengab
khianat dan belot nya Musa AS?
Prinsip
nya ialah ini: bangun menentang dan menegakkan keadilan dan kebenaran dan
membetulkan kesalahan itu lebih mulia dari berterima kasih membabi buta
mendiamkan diri bila rasuah, ketiadakadilan, rompakan perbendaharaan
berleluasa.
Maka
orang Melayu- bangkitlah untuk menjadi penegak kebenaran dan kemakrufan. Nyahkan
dan singkirkan kepalsuan dan kemungkaran yang UMNO bawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan