Isnin, 26 Mei 2014

UMNO anti Melayu

sakmongkol.blogspot



Pencalunan Dyana Bt Daud sebagai calun parlimen di Teluk Intan membuat UMNO seperti hilang akal. Para pemimpin yang betaraf menteri pun mengeluarkan kenyataan yang amat dangkal. 

Adenan bin Manzur, s/u agung UMNO dan menteri mengugut penduduk Teluk Intan, jika mahukan pembangunan dan kemajuan, pilih lah Mah Siew Keong, calun BN. Mah sudah dua penggal jadi MP Teluk Intan dan pernah jadi menteri- tidak juga dibangunkan Teluk Intan. Tindakan yang dia lakukan ialah memaksa kolej komuniti membeli sederetan bangunan yang tidak  laku kerana membantu kepentingan golongan peniaga. Akibat nya, pihak koleh komuuniti ketandusan wang.

Jadi kemajuan dan pembangunan apa yang Adenan Manzur cakap? 

Boleh jadi Adenan Manzur ini tidak bersekolah tinggi. Tangung jawab kerajaan memanglah membawa pembangunan kerana dana untuk pembangunan dikuasai mereka. Jika wang tersebut ada dalam tangan pembangkang, rakyat tidak lansung memerlukan BN dan tidak perlu Adenan Manzur mengugut pengundi Teluk Intan.

Rahman Dahlan, menteri perumahan dari Sabah mengeluarkan kenyataan yang sangat dangkal. Dia benar2 membodohkan pengundi Teluk Intan dan menconteng arang dimuka mereka. Dia menyebut adalah bodoh jika rakyat Teluk Intan memilih calun kerana calun itu cantik. 

Jadi mengikut Rahman Dahalan, pengundi Teluk Intan ini pada dasar nya bodoh. Nyatalah ini suatu penghinaan kepada akal budi pengundi Teluk Intan. Pengudni tahu keriteria mahu menyokong siapa. 52% pengundi yang menyokong PR dalam PRU13 tidak memilih calun2 mereka berdasarkan kecantikan. Mereka menolak BN kerana dasar yang mereka jalankan dan pengundi muak kepada keangkuhan pemimpin kerajaan seperti yang diwakili oleh orang macam Rahman Dahalan. 

Nak buat macam mana? Budak Dyana Daud ini ditakdirkan berupa demikian. Jika kecantikan seseorang jadi penentu pemilihan, maka mengapa BN tidak mencari calun diantara ribuan puteri2 UMNO yang suka rhumba dan zhumba itu?  Sesiapa yang tahu dan kenal Mah, sudah pasti tahu Mah berambut uban dan putih. Tapi untuk mencantikkan ketrampilan Mah , dalam poster nya, rambut yang putih dihitamkan, dan wajah nya di touch up supaya kelihatan lebih tegang kulit dan bergetah.

Apa sudah jadi pada UMNO yang dibangunkan  tahun 1946, yang penuh dengan idealism dan sekurang2 ny amenampak dan mengamalkan disiplin? Kualiti kepimpinan nya sudah menurun dan parti itu dirampas kuasa oleh kontraktor jalanan yang laku perangai nya tidak lebih dari gerombolan pemuda yang merempuh masuk sidang dewan undangan negeri pulau pinang . sama seperti mentality gerombolan pemuda yang tunjuk perasaan condong kepada keganasan dan mengugut mahu membakar ibu pejabat DAP. apa sudah jadi kepada UMNO?

Ada rakyat yang terasa, bangkit mengugut mahu membakar ibu pejabat UMNO atau bakar rumah Najib di Pekan, bila Najib yang mulut memang celupar meng-haramjadahkan peneroka yang berbangsa melayu? Tidak ada. Ini perkataan celaka disifatkan sebagai menghina sangat bangsa Melayu.

Hoi- bangsa Melayu terhina dan dihinakan oleh dasar yang UMNO laksanakan. Kelompok yang paling miskin dikalangan 40% rakyat yang miskin ialah Melayu. In setelah UMNO berusia 68 tahun dan memerintah 57 tahun, keadaan orang Melayu tidak diselesaikan. 

Lihat sahaja apa dasar pembangunan yang UMNO dan BN tawarkan di Teluk INtan. Tanah majlis bandaran diperlakukan JV bikin bangunan, tapi bangunan setiap satu berharga RM1.4 juta? Berapa kerat orang Melayu dapat membeli bangunan seperti ini pada harga yang demikian? sedangkan tanah tersebut asalnya milik Melayu. Sebuah pusat perubatan tersergam indah di kawaan Batak Rabit di tengah2 desa yang di diami oleh majority nya Melayu. Ini tanah asalnya kerajaan yang punya di ambil dan diserahkan oleh kerajaan piminan UMNO kepada bangsa lain. 

Orang Melayu dihina dalam senyap apabila kerajaan Melayu yang diberikan amanah oleh orang Melayu menjual dan menggadai tanah milik Melayu dan kerajaan kepada bangsa lain tanpa gantian. 

Penghinaan ini lebih dasyat dari istilah celaka yang digunakan. Dan pekataan celaka itu dilimparkan secara khusus kepada beberap pemimpin UMNO yang Melayu nya belum sahih! Reezal Merican Naina Merican nama nya- Melayu atau apa dia ini? 

Orang melayu telah lama dihina dan diperbodohkan apabila nilai yang dibawa oleh UMNO memusnahkan nilai budi orang Melayu. Ada kita lihat golongan cina menyebut hidup cina dan berarak mahu membunuh orang Melayu? Ada kita lihat orang Cina menyebut hidup Cina dan menghantar  ah keong rempit menganggu ceramah? 

Warga Melayu yang menjerit dalam ketrampilan yang mengancam semasa calun Melayu DAP dan menjerit2 jangan bawa kafir mask kedalam kampung ini lupa, yang UMNO suruh pilih seorang kafir juga.

Ini pertandingan calun Melayu DAP lawan calun Cina BN.  UMNO yang menjuarai Melayu mengajak orang Melayu memilih seorang Cina mengatasi seoarang anak bangsa Melayu?  Gerakan yang lawan, tapi UMNO yang menjuarai Melayu itu bersungguh sungguh mahu bunuh anak bangsa sendiri. 

Padan muka, rasism dan perkauman UMNO memerangkap dirinya sendiri.

UMNO memasag gambar yang menunjukkan BN itu gabungan parti berbilang bangsa. Tapi UMNO itu sendiri berbilang bangsa? MCA berbilang bangsa? Gerakan yang lama memerintah pulau pinang dahulu pernahkah mereka meletakkan calun Melayu untuk bertanding? MIC berbilang bangsa?

Yang berbilang bangsa ialah DAP. benar, jumlah orang Melayu sekarang tidak ramai dalam DAP. sebab DAP lama jadi momokan  dan bogeyman UMNO untuk menakutkan orang Melayu. Tapi ia parti yang berbilang bangsa dan majoriti ahli nya dan pemimpin nya bangsa cina. Itu fakta yang kita tidak sorok dan tidak nafikan. Melayu tidak diberi masuk kedalam DAP tapi UMNO mahu bising mengapa tidak ramai Melayu dalam DAP.  

Dap bukan ujud untuk menyelesaikan masaalah UMNO. Saya Melayu dalam DAP tidak ada masaalah jika pemimpin tertingginya bukan Melayu. Sebab saya tahu, jika DAP menang semua kerusi pun, mereka tidak dapat menubuhkan kerajaan federal tanpa sokongan orang Melayu. Tapi DAP enggan berkerjasama dengan parti seperti UMNO. Merka mahu berkerja sama dan berpakat dengan parti yang mewakili orang Melayu yang menerima matlamat membina seuah kerajaan yang mendaulatkan undang2 dan menjalankan dasar yang adil dan saksama. 

Kalau UMNO mahukan lebih ramai Melayu- maka sokong  keinginan ramai Melayu masu masuk DAP. dan bila ada Melayu masuk DAP, maka melayu tersebut  jangan dianggap sebagai pembelot, pengkhianat, penyembah tokong lim dan tidak tahu bersyukur.

Pengajaran Nabi Musa patut jadi panduan kepada orang Melayu. Musa AS diselamatkan oleh isteri Firaun. Dia membesar dibawah penjagaan Firaun. Susah senang sakit pening semua dijaga oleh Firaun. 

Tapi akhirnya Musa bangkit menentang Firaun. Maka jika kita pakai definisi UMNO seperti pandangan dangkal dari cukgu sekolah Rendah MP Lenggong, Musa lah orang yang paling tidak bersyukur dan beterima kasih. Bukan demikian? Membesar dan hidup kerana Firaun, tapi kemdian dia gigit tangan Firaun. 

Ini soal lepasan UITM dan penerima habuan kesan DEB mahu dituduh tidak bersukur dan berterima kasih- apalah sangat khianat dan pembelotan ini berbanding dengab khianat dan belot nya Musa AS? 

Prinsip nya ialah ini: bangun menentang dan menegakkan keadilan dan kebenaran dan membetulkan kesalahan itu lebih mulia dari berterima kasih membabi buta mendiamkan diri bila rasuah, ketiadakadilan, rompakan perbendaharaan berleluasa.

Maka orang Melayu- bangkitlah untuk menjadi penegak kebenaran dan kemakrufan. Nyahkan dan singkirkan kepalsuan dan kemungkaran yang UMNO bawa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.