Khamis, 29 Mei 2014

DAP sedia perkhidmatan bas untuk pengundi PRK Teluk Intan

Oleh: AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM: DAP akan menyediakan perkhidmatan bas dari Lembah Klang ke kawasan mengundi di Teluk Intan bagi memudahkan serta menggalakkan orang ramai untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan, 31 Mei ini.

Pengundi berdaftar yang berminat dengan tawaran itu boleh berkumpul di stesen aliran transit ringan (LRT) Bukit Jalil dan Kelana Jaya dengan waktu berlepas adalah pada jam 7.00, 8.00 dan 9.00 malam, pada 30 Mei ini.

Perjalanan pulang ke Lembang Klang dijadualkan jam 6.00 petang (31 Mei), manakala waktu pulang untuk hari Ahad masih belum ditentukan.

prk teluk intan

Mereka yang berminat hanya dikenakan bayaran pergi dan balik RM10 seorang dan boleh menghubungi pihak penyelia, Chee Fu Yue di talian 017-2327929 untuk membuat tempahan.

PRK Teluk Intan akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon muda DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong selepas kematian Ahli Parlimennya, Seah Leong Peng kerana penyakit barah.

Leong Peng dilantik menjadi Ahli Parlimen penggal pertama selepas memenangi kerusi Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum ke-13 apabila menewaskan Siew Keong dengan majoriti 7,313 undi dalam perebutan tiga penjuru.-NFN-

Tiada ulasan: