Lembaga Displin PKR hari ini mengumumkan penggantungan serta merta keahlian Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard.
Badrul yang juga merupakan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (Samm) digantung keahliannya sehinggalah siasatan mengenai aduan salah lakunya ketika pemilihan selesai, kata Datuk Dr Tan Kee Kwong.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR itu berkata, keputusan menggantung keahlian Badrul diputuskan oleh lembaga displin parti yang dipengerusikan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam mesyuarat biro politik semalam.
Beliau berkata kesalahan yang dilaporkan terhadap Badrul kerana membuat kenyataan kepada media dengan menyatakan proses pemilihan PKR kotor dan tidak telus.
Menurut Tan, selain itu Badrul daripada PKR cabang Rembau itu dikenal pasti membuat dakwaan terbuka dengan menyatakan "Petugas JPP menjadi agen kepada Azmin Ali".
Kenyataan itu dilakukan pada 12 Mei dan disiarkan dalam portal berita mysuara.net dan portal Free Malaysia Today.
"Responden juga membuat kenyataan terbuka mengkritik JPP dalam akhbar Berita Harian pada 21 Mei 2014 bertajuk 'Keputusan penuh penipuan: Chegubard'," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan