Jumaat, 30 Mei 2014

Cina bakal tolak Mah, wanita Umno boikot undi


Oleh ARIF ATAN


TELUK INTAN: Sentimen pengundi Cina pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan (PRK) 31 Mei ini diyakini akan menolak calon BN, tegas bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar
Jamaluddin.

Katanya, majoriti daripada 42 peratus pengundi Tiong hoa di P76 itu menganggap calon Gerakan-BN, Dato’ Mah Siew Keong, 53, selepas PRK ini bakal dilantik menjadi menteri atau senator.

“Teluk Intan ini jangan buat main-main. Di kalangan Cina apa yang berlaku hari ini, kalau Mah menang dia jadi menteri, dia kalah pun jadi senator, ikut pintu belakang.

“Sebab dalam BN ada kuota jawatan bagi komponen parti itu. Mah kalau jadi menteri, tidak akan bela rak yat, dia akan bela kerajaan,” ujarnya ketika ditemui  di Markas Operasi Induk PAS di Jalan Padang Tembak dekat sini,

Nizar memberi contoh bagaimana Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang dianggap “senyap” menyuarakan masalah rakyat di Parlimen selepas menyertai Kabinet.

“Lain pula halnya Dato’ Dr Wee Ka Siong (Timbalan Pre siden). Dia bela kerajaan masa jadi Timbalan Menteri Pendidikan tapi sekarang baru dia pulun isu rakyat sebagai Ahli Parlimen Ayer Hitam sebab dia bukan lagi menteri.

“Dato’ Seri Noh Omar pun sama. Bila sudah jadi wakil rakyat (Tanjong Karang) biasa baru lantang suarakan isu rakyat,” jelas Nizar yang juga Adun Changkat Jering.

Mengulas reaksi penyokong Umno susulan dakwaan Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil kononnya calon Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, sebagai boneka DAP, beliau berkata, sebahagiannya terhiris de ngan kenyataan Ketua Wanita Umno itu.

“Kita difahamkan sebahagian wanita Umno tidak mahu keluar mengundi kerana tuduhan Shahrizat itu dianggap menghina wanita.

“Bagi mereka, Dyana ini peguam tidak mungkin mudah diperalat. Mereka di Perak pun kenal siapa ibu Dyana yang pernah cipta rekod sebagai wanita pertama Setiausaha Bahagian Umno di Ipoh dulu (1976- 1980),” ujarnya lagi.

Tiada ulasan: