Abdul Hadi puji Dyana kerana berani menjadi calon. |
BN akan melakukan apa saja untuk merampas kerusi berkenaan termasuk dengan cara samseng dan jahat. Kekalahan dalam pilihan raya ini memberi indiksi kepada BN parti itu masih gagal untuk memulihkan prestasinya selepas kalah teruk dalam pilihan raya lalu.
Kekalahan di Teluk Intan nanti akan menjadi kekalahan ketiga selepas di Kajang dan Bukit Gelugur. Kekalahan di Teluk Intan memabsahkan bahawa parti Cina dalam BN tidak mendapat sokongan lagi. Di Kajang baru-baru ini naib presiden MCA Chew Mei Fun telah dihumban ke dalam longkang, sekiranya di Teluk Intan ini Presiden Gerakan Mah Siew Keong pula dicampak ke dalam sungai sesuatu yang malang buat BN. BN akan terus demam tanpa kebah.
Api kehebatan kedua parti itu selama ini mungkin akan terpadam dan DAP akan mengambil alih menjadi parti nombor satu orang Cina di negara ini sepenuhnya.
Implikasi itulah menyebabkan BN akan melakukan apa saja. Calon BN, berlembut mengatakan dia akan berkempen secara baik dan teratur, tetapi apa yang berlaku disebaliknya. Kempen BN di Teluk Intan adalah antara yang terhuduh dan terkeji. Siew Keong tidak mampu melunakkan keadaan dengan kata-kata, sedang perbuatan (kempen) BN kotor.
Gambar yang direkacipta kononnya calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud memakai bikni juga diguna sepenuhnya. Katanya gambar bintang filem Filipina yang dianggap Dyana itu disebar di serta masjid di Teluk Intan. Tindakan ini jelas keterdesakan BN dan sudah hilang kewarasan berpolitik. Sekiranya ia dilakukan oleh rakan Gerakan, iaitu Umno dimanakah nilai dan maruah Umno sebagai parti Melayu yang beragama Islam.
Penyebaran foto bikni itu tidak dibantah atau dikecam oleh pemimpin Umno. Ia seakan direstui. Sebenarnya ini tidak mengharainkan kerana mereka pernah bertindak lebih huduh dan busuk dari itu dengan menyebarkan video lucah membabitkan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dalam televisyen dan juga akhbar. CD lucah membabitkan Anwar turut sama dikirimkan kepada tok kadi dan tok imam. Jadi apa yang dilakukan ke atas Dyana itu tidak menghairakan kerana ia merupakan budaya Umno.
Tukang-tukang kempen juga turut memperkecil-kecilkan Dyana Sofya kononnya menjadi boneka DAP. Ada juga yang mengatakan pilihan raya Teluk Intan bukan pertandingan ratu cantik sebagai meletakkan pilihan raya itu kononnya berdasarkan perjuangan parti dan bukan individu calon. Pihak BN jelous dengan penampilan Dyana yang menarik perhatian umum menerusi pelbagai poster, banner dan juga foto-foto yang di masukkan ke dalam facebook.
Seorang lagi tukang kempen kata kalau pengundi Melayu pilih Dyana Sofya mereka bodoh. Bagi tukang kempen itu dia lebih menerima Mah Siew Keong daripada Dyana. Macam mana otak dan kepala si tukang kempen ini boleh membuat kenyataan demikian. Dyana Melayu dan kalau orang Melayu undi Dyana mereka bodoh? Ilmu "hisab kulub" mana yang diteria pakai si tukang kempen itu.
Selama ini partinya memperjuangkan Melayu tiba-tiba bila mana di Teluk Intan Melayu dicalonkan dikatakan bodoh. Sebenarnya yang bodoh dan sumbang fikiran dalam hal ini si tukang kempen bertaraf menteri keldai itu sendiri.
Tukang kempen lain pula membangkitkan soal ibu Dyana Sofya yang pernah menjadi ahli Perkasa. Kononnya dengan babitkan Yammy Samad dengan Perkasa, pengundi akan membenci Dyana Sofya. Bukankah parti yang mendokong Dyana tidak setuju dengan Perkasa? Tidak bermakna kalau Yammy pernah sertai Perkasa bermakna DAP menerima Perkasa?
Benar Yammy menyertai Perkasa diperigkat awal penubuhan. Yammy adalah merupakan ahli jawatankuasa penaja Perkasa. Sebelum Perkasa sah didaftarkan Yammy telah meninggalkan Perkasa. Yammy tidak pernah menjadi Ketua Wanita Perkasa. Kenapa Yammy meninggalkan Perkasa bukan kerana apa, melainkan setelah dia tahu arah dan tuju Perkasa dan juga siapa yang berada di sebalik Perkasa.
Perkasa tidak berbangkit apa-apa dengan Yammy dan ia juga tidak relevan untuk dikaitkan dengan Dyana Sofya. Kepada BN atau Umno carilah modal lain yang boleh diterima umum terutamanya di kalangan anak-anak muda yang kian menggila Dyana Sofya kini.
Dalam keadaan BN mahu menambahkan kekuatan untuk Mah Siew Keong, Dyana pula terus mendapat sokongan dan dokongan Pakatan Rakyat. Semua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang telah turun untuk membantu Dyana. Saya yakin kalau Tokguru Nik Abdul Aziz sihat beliau juga akan berkampung di Teluk Intan memberi sokongan moral kepada Dyana.
(Dalam pada itu dengan kempen yang anih-anih dan kadang-kadang tidak tersaul dek akal yang dilakukan rakan Gerakan itu, apakah ia disengajakan untuk memberi kemenangan kepada Dyana? Kalau benar begitu ternyata Umno bukan rakan yang ikhlas dan tulus buat Gerakan tetapi rakan yang menjadi gunting dalam lipatan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan