MALAYSIAKINI
PKR menuntut kawalan keselamatan lebih ketat dari
pihak berwajib setelah mendakwa telefon bimbit 11 pemimpin dan penggiat
parti itu digodam minggu lalu.
Bagaimanapun, Naib Presiden PKR Fuziah Salleh (kanan) berkata, syarikat telekomunikasi dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia (SKMM) seolah-olah tiada sebarang isu dengan masalah itu.
"Isu yang rasa lebih penting ialah isu keselamatan. Bagaimana senangnya
nombor telefon kita digunakan oleh sesiapa untuk hantar mesej bukan dari
kita. Hal ini harus dilihat serius oleh syarikat telekomunikasi.
"Hal ini amat serius dan lebih besar dari kandungan SMS itu sendiri.
Siapa tahu mesej yang dihantar itu boleh digunakan untuk memerangkap
kami pada masa depan," kata beliau dalam sidang media di Kajang hari
ini.
Menurut maklumat daripada Bilik Gerakan Utama PKR untuk pilihan raya
kecil Kajang, setakat ini telefon bimbit 11 pemimpin dan ahli parti itu
digodam.
Selain Fuziah sendiri, turut dikatakan menjadi mangsa Timbalan Presiden
Azmin Ali, naib presiden Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar, Ketua Angkatan
Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin, beberapa wakil rakyat serta pemimpin
akar umbi di Kajang.
Azmin, Tian Chua dan Izzah pada 14 Mac lalu mendakwa, penggodam
menggunakan telefon mereka untuk menyampaikan SMS memecahbelahkan parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan