MALAYSIAKINI
Seorang anggota polis hari ini memberi keterangan bahawa perhimpunan ‘Black 505' anjuran Pakatan Rakyat pada 22 Jun tahun lepas sebuah perhimpunan aman.
Rafizi Ramli daripada PKR dan Anthony Loke (DAP) dituduh bawah Akta Perhimpunan Aman dengan menganjurkan perhimpunan di Padang Merbok, Kuala Lumpur tanpa kebenaran polis.
Turut berdepan pertuduhan sama petugas PKR Muhammad Adib Ishar dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Kahar menjawab “tidak” apabila ditanya peguam Rafizi, Eric Paulsen, sama ada beliau melihat keadaan huru hara dalam perhimpunan itu.
Kahar juga menjawab “ya” apabila ditanya sama ada beliau setuju perhimpunan itu berlangsung “aman”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan