Jumaat, 21 Mac 2014

Anwar terus jadikan MH370 modal kempen salahkan kerajaan di Kajang

Post Pic
Oleh Nurshakira Buang
KAJANG: Ketika pasukan mencari dan menyelamat dari pelbagai negara giat mencari jejak pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang sejak awal pagi 8 Mac lalu, pemimpin politik pembangkang mengambil kesempatan meraih sokongan politik.
 
Malah, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim  terus-menerus menyalahkan kerajaan kerana didakwa lambat bertindak terutamanya dalam berkongsi maklumat berhubung penemuan terbaru mengenai MH370.
 
Anwar memperlekehkan usaha kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu ceramah di Taman Damai Mewah, Kajang malam tadi.
 
"Kita tengok PM Australia dapat saja maklumat terus bentang di Parlimen supaya semua orang boleh tanya, di Malaysia dapat maklumat bincang sekejap dekat dapur kemudian ceritakan pada kita kata tidak tahu," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 100 hadirin.
 
"Ini banding dia, padahal kejadian itu di Malaysia, pesawat Malaysia. PM Australia bentang di Parlimen, terbuka ini yang kita dapat.
 
"Belum pasti 100 peratus tapi ini apa yang kita tahu.Kita, this is what we dot know or we know do not know...itu masalah dia," ujarnya.
 
Anwar berkata demikian mengulas pengumuman penemuan dua objek yang dikaitkan kepada MH370 di perairan Australia,oleh Perdana Menteri negara itu, Tony Abbot.
 
Dalam ceramah itu Anwar juga turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kurang kelihatan dalam setiap kali sidang media perkembangan terkini berhubung pesawat MH370 itu.
 
"Kes MH370 ini isu tadbir urus. Satu dunia sekarang pakai teropong radar dia lihat PM ada atau tidak, sembilan hari pertama pesawat MH370 hilang Najib pun hilang," ujarnya.
 
"Lepas itu dia datang, dia datang cakap-cakap lepas itu dia balik tidak ada soalan. Mana ada di dunia...awak tanya BBC, Hindustan Times mana ada di dunia ada krisis nasional orang hilang beratus-ratus, pesawat hilang tapi PM kata tak ada soalan? soalnya.
 
Jelas Anwar, insiden MH370 ini ada isu urus tadbir negara dan seharusnya Najib memainkan peranan penting beliau selaku perdana menteri.
 
"Saya nak beritahu kes ini telah terbukti Najib dan menteri-menteri tak tahu jaga negara ini. Sebab itu orang marah. 
 
Seubungan itu, beliau menyeru rakyat untuk buktikan apa yang dinyatakan itu benar dan rakyat perlu menghanar mesej mereka melalui pembuangan undi yang akan dilakukan pada Ahad ini.
 
"Saudara kamu perlu undi dan 23 Mac ini beri mesej kalau PM takut, kalau menteri-menteri tidak tahu urus negara ini dengan baik bagi dia (BN) mesej kalahkan MCA dan BN 
 
Dalam pada itu Anwar berkata adalah mustahil untuk pihak bertanggungjawab gagal mengesan radar pesawat MH370 yang dilaporkan hilang dari pusat kawalannya kerana beliau berkata kompenan itu berfungsi 24 jam   
 
"Di Labuan, masa itu menteri pertahan beli dan saya menteri kewangan bayar jadi saya tahu radar di pantai Timur dekat laut China Selatan di Terengganu dan Kelantan dia boleh tengok mana pesawat di waktu pagi, petang, siang dan malam boleh nampak pesawat lalu," jelasnya.
 
"Sekarang saya mahu tanya MH370 nak pergi China patah balik macamana tak boleh nampak satu, dua hari kemudian dia kata nampak tapi kita tak tahu pesawat apa. Ini (pesawat) lalu Kelantan, Terengganu, Utara Perak, masuk Kedah, masuk Penang lalu atas rumah Guan Eng (Lim Guan Eng-Ketua Menteri P.Pinang) lepas itu sapa pun tak nampak," soalnya lagi.
 
Beliau juga katanya tidak berpuas hati dengan apa yang dinyatakan Datuk Seri Hishammudin Hussien berhubung radar tersebut dan mendakwa Pemangku Menteri Pertahanan itu mengetahui maklumat yang lebih.
 
"Kita punya radar mesti nampak, ini kita beli radar untuk nampak dan tak mungkin...saya kata betul-betul saya tidak berpuas hati, tak mungkin...Najib, Hishammudin sekarang dia kata ya betul pesawat patah balik," katanya.
 
Malah, Anwar berkata beliau kini sering kali diminta untuk ditemubual media antarabangsa berhubung misteri kehilangan MH370 kerana kegagalan Najib untuk melaporkan perkembangan terkini mengenai pesawat itu.
 
Anwar juga sebelum ini dilaporkan mendakwa beliau adalah individu yang paling layak untuk menjawab persoalan berhubung misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu berbanding Perdana Menteri kerana pemimpin nombor satu negara itu katanya takut untuk berdepan dengan pertanyaan daripada media antarabangsa.
 
"Sekarang surat khabar, TV, majalah China hari-hari temuramah saya. Ya, saya kata saya bukan PM tapi dia kata lebih baik temubual saya daripada Najib. Najib hilang," katanya.
 
Selain itu, Anwar juga turut membangkitkan isu aksi kurafat seorang bomoh di KLIA baru-baru ini yang nyata mengaibkan Malaysia sekali gus memberi persepsi yang salah terhada Islam.
 
"Kita doa kalau boleh selamat dan kalau tak selamat pun jumpa supaya keluarga tak susah serta kita sebagai orang Islam kita sembahyang. Itu cara kita, kita tak cari bomoh dengan buah kelapa...itu Umno punya cara," katanya.
 
"Kamu ingat kalau tak Umno, saya sama Gobind (MP Puchong) dengan Charles Santiago senang-senang...pergi ke lapangan terbang tolong bagi tikar, pengawal tolong jaga keselamatan ingat boleh ke? Tak boleh.
 
"Saya Ketua Pembangkang pun tak ada peluang punya nak buat macam itu melainkan dia bagi kebenaran khas," tambahnya.
 
Semalam dilaporkan dua objek yang dikaitkan kepada MH370 di jumpai di perairan Australia, menurut Perdana Menteri negara itu, Tony Abbot.
 
Pengumuman itu dilihat sebagai petanda paling jelas setakat ini bahawa gerakan mencari pesawat itu memperolehi kejayaan awal.
 
Abbot memberitahu Parlimen Australia bahawa maklumat baru dan kredibel (wibawa) telah diperolehi mengenai l pesawat itu yang hilang sejak Mac 8 lalu.
 
Beliau berkata pesawat Orion Tentera Udara di-Raja sudah dikerah ke kawasan itu dan tiga lagi pesawat akan dihantar.
 
Australia mengetuai misi mencari MH370 di selatan Lautan Hindi.
 
Menurut Abbot, pihaknya mengesahkan kehadiran dua objek itu menerusi satelit yang kemudiannya disahkan secara berasingan.
 
Bagaimanapun beliau mengingatkan keperluan untuk semua pihak berwaspada dan tidak menaruh harapan terlalu tinggi bahawa lokasi pesawat itu sudah diketahui.
  
Pesawat itu membawa 239 anak kapal dan penumpang yang kebanykkannya warga Malaysian dan China.

Tiada ulasan: