Isnin, 10 Mac 2014

Anwar tanding Presiden PKR


Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim


SHAH ALAM - Walaupun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan bertanding sebagai calon PRK Dun Kajang, pada 23 Mac ini, namun beliau telah memutuskan untuk bertanding jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti itu.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, Anwar telah mengumumkan perkara itu pada dengan pemimpin PKR pada jam 3.30 petang tadi.

"Itu diumumkan Anwar dalam pertemuan dengan pimpinan PKR tadi jam 3.30 petang di Bandar Utama," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Pada November lalu, seorang anggota perwakilan PKR  mencadangkan  Anwar  yang juga Ketua Pembangkang itu mengambil alih jawatan presiden berdasarkan sumbangan dan pengorbanannya kepada parti.

Setiausaha PKR Selangor, Amirudin Shari berkata, perkara itu juga sah mengikut perlembagaan parti itu.

"Inilah saat terbaik untuk Anwar mengambil alih dan menerajui kepimpinan PKR sebagai pemimpin utama parti," katanya.

Tiada ulasan: