SMART KUALA LUMPUR - Terowong Lebuhraya SMART akan ditutup pada Rabu, 31 Julai hingga Khamis, 1 Ogos.
  
Ia akan ditutup bermula pukul 11 malam hingga 6 pagi keesokan harinya.
  
Menurut kenyataan akhbar Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd hari ini, penutupan itu bagi membolehkan penyelenggaraan sistem terowong lebuh raya dijalankan.
  
Pengguna boleh menghubungi talian bantuan SMART 1-300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan berhubung penutupan terowong itu. - Bernama