Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - "Internet bukanlah punca kekeliruan dalam masyarakat".
Demikian kata Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Tuan Ibrahim, cadangan untuk menyekat akses internet yang diumumkan Menteri Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak dapat menyelesaikan masalah kekeliruan rakyat.
Tambahnya, kegagalan kerajaan bertindak adil adalah punca rakyat menjadi keliru.
"Apabila rakyat tidak dapat merasai kerajaan berlaku adil kepada semua, maka akan timbul pelbagai persepsi dan tanggapan sehingga wujudnya tohmahan kepada kerajaan di internet," katanya.
Sebelum ini, Ahmad Shabery sebagai berkata, kerajaan akan mengkaji semula kemudahan dan akses internet di Malaysia bagi mengelak sebarang kekeliruan yang timbul akibat penggunaan internet.
Dalam pada itu, beliau turut mendakwa sikap kerajaan yang melakukan "dwi-standard" dalam banyak perkara termasuk kaum, agama dan berkaitan dengan parti politik menyebabkan rakyat menjadi keliru.
"Rakyat menjadi keliru adalah akibat sikap dwi standard kerajaan dan agensi penguatkuasa yang semakin ketara.
"Contohnya, apabila agensi kerajaan bertindak secara cepat apabila melibatkan para pemimpin Pakatan Rakyat tapi sebaliknya lambat apabila berdepan dengan pemimpin BN.
"Begitu dalam soal sensitiviti antara kaum, kerajaan dilihat cepat apabila bertindak pada pihak yang mencemuh Melayu dan Islam tapi tidak pada pihak yang mencemuh agama-agama yang lain," ulasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan