Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mengheret tiga
pegawai tinggi sebuah syarikat bukan kerajaan (GLC) esok atas tuduhan
pecah amanah dalam projek bernilai RM30 juta.
Projek yang terbengkalai itu sebahagian pelaburan sebuah agensi kerajaan dalam sebuah firma pembekalan makanan.
Ketiga-tiga pegawai yang ditahan suruhanjaya berkenaan beberapa hari
lalu, berjawatan pengarah, ketua pegawai operasi dan ketua pegawai
eksekutif.
Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen di Jalan Duta, esok.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali had, berkata mereka ditahan
untuk merakam kenyataan masing-masing sebelum dibebas dengan jaminan
RM500,000 setiap seorang.
Penahanan itu berikutan siasatan lanjut terhadap projek pembekalan yang gagal sekalipun lebih RM30 juta disalur bank dan GLC.
Projek berkenaan yang dilancarkan beberapa tahun lalu, mengalami masalah sejak di peringkat awal lagi.
Ia sebahagian kes membabit penjawat awam berprofil tinggi yang disiasat SRM baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan