BULETIN ONLINE
Menurut Ahli Jawatankuasa Masjid Taqwa Mustaffa Ismail, walaupun masjid tersebut dikenali sebagai ‘masjid PAS’, tetapi tidak ada masalah bagi melaksanakan program kebajikan dengan mana-mana pihak.
“tahun ini sudah masuk tahun ke tujuh berturut-turut masjid ini menganjurkan program mendera darah, tidak ada masalah kepada kita (pihak masjid) untuk membuat kerja-kerja amal dengan mana-mana pihak,
“tahun lepas kita buat dalam bulan puasa (Ramadhan) juga, ada 70 orang yang mendermakan darah (mereka) kita harap tahun ini (kjumlah penderma) bertambah lagi,”ujarnya ketika ditemui pada rogram tersebut Sabtu 26 Julai.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Yayasan Amal Terengganu berkata masjid Taqwa kerap menganjurkan program-program mengutip derma dan sumbangan orang amai bagi membantu saudara seIslam yang ditimpa bencana serta kesusahan.
Katanya, pada masa-masa yang lalu, masjid tersebut mengutip derma untuk disalurkan membantu umat Islam di negara-negara begolak seperti Palestin, Rohingya, Syria dan lain-lain.
Kataya, pihak masjid juga menyediakan tabung khas dalam bulan Ramadhan untuk diagih-agihkan sumbangannya kepada mereka yang kurang bernasib baik di persekitaran masjid dan pekan Batu Enam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan