Ahad, 28 Julai 2013

KPN ikrar siasat menyeluruh kes babitkan Pengerusi MyWatch


Oleh Hasbullah Awang Chik



Ketua Polis Negara berikrar akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes tembakan membabitkan Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan di Bahau petang semalam.

Berharap mangsa segera sembuh, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata Bukit Aman akan memantau siasatan dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menyelia kes itu.

“Bukit Aman akan memantau dengan teliti penyiasatan kes tembakan Sanjeevan di Bahau. Pengarah JSJ sendiri yang akan menyelia,” kata Khalid dalam satu kiriman tuitnya hari ini.

 “Saya beri jaminan kepada keluarga dan orang ramai yang siasatan kami akan melihat segala aspek termasuk mereka yang pernah disebut oleh SS dahulu,” katanya.

Sebelum Sanjeevan ditembak, beliau membuat aduan diancam berhubung pendedahannya terhadap salah laku polis.

Sanjeevan melalui satu kiriman tuit semalam menulis: “Seorang anggota mengarahkan sindiket untuk mengacukan tembakan rumahnya untuk menakut-nakutkan beliau dan keluarga.

Mangsa ditembak dari jarak dekat oleh seorang bersenjata menaiki motosikal di Bahau.

Tiada ulasan: