BULETIN ONLINE
Yang DiPertua PAS (YDP) Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, laporan tersebut dibuat bagi membolehkan satu siasatan dan tindakan dilakukan terhadap Tengku Zaihan oleh pihak-pihak yang berkenaan.
“Pada 24/o7/13 bertempat di smk kuala besut,sekltar jam 0815 paglpada hari mengundi dalam Pilihanraya kecil N01 Kuala Besut, calon Barisan Nasional iaitu Tengku Zaihan bin Che Ku Abdul Rahman telah mempamerkan kertas undinya, yang telah ditanda dengan tanda pangkah pada bahagian petak calon dan lambang Barisan Nasional kepada media, ‘Polling Agent’ parti, petugas SPR dan orang awam yang berada disekitar bilik pengundian sebelum beliau memasukkan ke dalam peti undi.
“Gambar foto itu kemudiannya tersebar pada hari yang sama lebih kurang jam 9.30 pagi melalui media internet dan kemudiannya disiarkan oleh beberapa media sehari selepas kejadian,”ujarnya menurut salinan laporan yang dihantar kepada pihak media hari ini 27 Julai.
Menurut Wan Azhar tindakan calon BN itu adalah melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Akta 5) Seksyen 5(2) dan (3) yang boleh diklasifikasikan sebagai tindakan untuk memperlekeh dan mempersendakan undang-undang.
Katanya, ia adalah kerana ia dilakukakan oleh Tengku Zaihan iaitu seorang yang berkemungkinan akan dipilih untuk mewakili rakyat sebagai wakil rakyat dan penggubal undang-undang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
Beliau yang juga wakil calon PAS dalam PRK Kuala Besut menegaskan, perbuatan tersebut adalah satu bentuk kempen terbuka didalam bilik pengundian yang bertujuan untuk meraih undi pada hari tersebut sedangkan tempoh berkempen yang ditetapkan telah pun tamat pada jam 12.00 tengah malam 23 Julai 2013.
Turut sama dalam membuat laporan tersebut adalah Timbalan YDP Shalahuddin Jaafar, Setiausaha PAS Kawasan Aminuddin Mohd Ali, Ketua Dewan Pemuda PAS Besut Zukri Jusoh yang juga seorang peguam serta para petugas PAS yang bertugas pada hari mengundi PRK Kuala Besut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan