Isnin, 29 Julai 2013

Isu petisyen: Anwar gesa Ketua Hakim Negara campur tangan

OLEH MD IZWAN

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria campur tangan dalam isu petisyen pilihan raya ekoran keputusan mahkamah menolaknya tanpa alasan munasabah.

Ketua Pembangkang itu bimbang dengan penolakan petisyen pilihan raya yang kini sudah masuk 10 kes dengan alasan teknikal sedangkan mahkamah meletak jumlah kos yang tinggi setiap petisyen.

"Kadar penolakan petisyen atas alasan teknikal dan tindakan mahkamah mengenakan kos yang tinggi adalah tidak munasabah.

 "Kami menggesa Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria campur tangan untuk menjawab perkara ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Tiada ulasan: