MCA hari ini menuntut supaya enakmen negeri dan undang-undang harus
selaras dengan Persekutuan Perlembagaan bagi memastikan agama ditentukan
kedua-dua ibu bapa.
Biro Publisti MCA, Heng Seai Kie, berkata kerajaan negeri perlu meminda undang-undang bagi memastikan ia konsisten.
“Ia akan lebih membantu jika semua Enakmen Negeri mengikut Enakmen
Pentadbiran Islam (Perak) yang memerlukan kanak-kanak hadir secara
peribadi mengesahkan penerimaan mereka bagi penukaran agama,"katanya
dalam satu kenyataan hari ini.
Heng mengulas ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang membenarkan
permohonan guru tadika M Indira Gandhi membatalkan penukaran agama bagi
tiga anaknya baru-baru ini.
Beliau yang menyambut baik keputusan penting oleh Hakim Lee Swee Seng,
berkata bahawa hal itu harus diselaraskan dengan kedudukan MCA bahawa
Perkara 12 (4) dalam Perlembagaan Persekutuan menerangkan 'agama
seseorang yang di bawah umur berumur lapan belas tahun hendaklah
ditetapkan oleh ibu bapa beliau,iaitu perlu melibatkan kedua-dua ibu
bapa.
“Mengikut Perlembagaan Persekutuan yang dicetak kerajaan dalam versi
Bahasa Melaysia dengan jelas menggunakan perkataan ‘Ibu-Bapa’ bermaksud
memerlukan pertujuan kedua-dua ibu bapa seperti dalam kandungan
kesebelas, Perkara 160 (1) dalam Persekutuan Perlembagaan berbunyi
bahawa 'kata-kata dalam bentuk tunggal termasuk majmuk, dan kata-kata
dalam bentuk plural termasuk 'tunggal, " katanya.
‘Kami mahu mengelakkan situasi terjadinya kes seperti ini lagi bagi
mereka yang menukar agama , dan secara tidak langsung turut menukar
agama anaknya tanpa memberitahu pasangan mereka sebagai satu cara
mendapatkan jagaan tanpa melalui mahkamah sivil,” katanya.
Katanya, semua agama adalah suci dan kerana itu individu tidak harus menggunakan agama untuk mencapai agenda mereka sendiri.
Heng juga menggesa bekas suami Indira untuk mengembalikan anak bongsu
mereka segera kerana Mahkamah Tinggi memberikan hak penjagaan penuh
kepada ibunya terhadap tiga kanak-kanak itu pada tahun 2010.
"Sebagai seorang ibu, saya juga merayu kepada pihak polis dan pihak
berkuasa lain untuk membantu mencari Indira Prasana supaya ibu dan anak
perempuan boleh bersatu semula dan adik-beradik tidak akan dipisahkan
daripada satu sama lain," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan