MALAYSIA KINI
Ketika
Pengerusi MyWatch R Seri Sanjeevan sedang bertarung nyawa di Hospital
Serdang selepas cubaan membunuh, pihak yang rapat dengannya pula
dihurung kebimbangan berhubung soal keselamatan mereka.Rakannya S Gobi Krishnan, yang juga penasihat NGO antijenayah, secara tiba-tiba membatalkan lawatannya ke hospital kerana memikirkan faktor keselamatan dirinya.
Bagaimanapun, bagi bapa mangsa P Ramakrishnan, 64, sebaliknya apabila tampil tenang.
"Saya orang tua, anggota badan pun sudah tidak bernilai," Ramakrishnan, bekas peguam jenayah selama 30 tahun, kepada Malaysiakini di lobi Hospital Sedang malam tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan