KUALA LUMPUR— Pakatan pembangkang menegaskan akan
turun ke jalanan sekali lagi sekiranya pilihan raya umum (PRU) ke-13
dicemari dengan penipuan, tegas Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat
Mohamad Sabu.
Timbalan Presiden PAS yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu menegaskan Pakatan Rakyat (PR) tidak teragak-agak untuk menghimpunkan lebih ramai rakyat ke jalanan seperti beberapa siri perhimpunan sebelum ini yang menuntut pilihan raya bersih dan adil, anjuran NGO yang dikenali sebagai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).
“Kita janji, jika kerajaan tak turun, kita tidak akan pulang,” katanya (gambar fail) ketika ceramah di Bandar Tasik Puteri malam tadi dipetik portal Harakahdaily.
Beberapa siri perhimpunan telah dianjurkan, seperti Bersih, Bersih 2.0, dan terbaru Bersih 3.0 bagi menuntut pembaharuan sistem daftar pemilih di negara ini yang dakwa PR dipenuhi dengan unsur penipuan.
Tahun lalu, perhimpunan besar-besaran Bersih 3.0 pada 28 April turut menyaksikan peserta perhimpunan bertempur dengan pihak berkuasa.
Pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata dan meriam air apabila kawasan Dataran Merdeka yang telah pun diharamkan oleh mahkamah untuk perhimpunan dicerobohi.
Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung pada 12 Januari lalu berjalan secara aman apabila pihak berkuasa memberi kebenaran untuk perhimpunan diadakan di Stadium Merdeka, tempat Tunku Abdul Rahman memproklamasikan kemerdekaan.
Buat pertama kali dalam sejarah perhimpunan berjalan tanpa sebarang insiden apabila Polis Di Raja Malaysia (PDRM) melalui ketuanya Tan Sri Ismail Omar berikrar untuk memastikan perhimpunan 12 Januari menjadi “peristiwa bersejarah”.
PRU 13 perlu diadakan selepas mandat Barisan Nasional (BN) tamat pada 28 April akan datang.
Akan tetapi ramai pihak yang menjangkakan ianya akan diadakan lebih awal disebabkan ada beberapa negeri yang akan habis mandat pada akhir Mac seperti dewan undangan negeri Johor yang akan terbubar secara automatik pada 21 Mac dan Negeri Sembilan pada 26 Mac.
Parti-parti pembangkang PKR, PAS dan DAP yang menubuhkan PR mendapat keuntungan yang signifikan pada pilihan raya umum ke-12, mengawal 82 daripada 222 kerusi Parlimen, selain memegang tiga negeri utama di sepanjang pantai barat semenanjung — Selangor, Pulau Pinang dan Kedah — di samping mengekalkan Kelantan semenjak 22 tahun lalu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan