Hakim, Datuk Zaleha Yusof memutuskan demikian, selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman empat peneroka Felda Jengka di Pahang, yang memohon perintah deklarasi dan pengisytiharan bahawa keputusan atau perintah yang diberikan Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Jun tahun lalu.
Mahkamah turut mengeluarkan perintah mandamus (memaksa pihak berkuasa mematuhi perintah mahkamah) bagi mengarahkan KPF membatalkan keanggotaan Mohd Isa sebagai ahli KPF dengan kos RM3,000.
Mahkamah berpendapat, terdapat kesilapan dalam keputusan SKM yang mengekalkan keahlian Mohd Isa sebagai ahli KPF sedangkan beliau sememangnya tidak mempunyai hak untuk menjadi ahli koperasi sejak awal lagi.
Peguam yang mewakili empat peneroka itu, Mohamad Hanipa Maidin berkata, mahkamah bersetuju bahawa keputusan dibuat suruhanjaya tersebut adalah tidak wajar dan diberikan perintah mandamus untuk keahlian Isa dibatalkan.
“Beliau (Mohd Isa) tidak layak menjadi Pengerusi KPF selepas keahlian sebagai ahli KPF terbatal, atau dalam erti kata lain, beliau tidak boleh menjadi Pengerusi KPF seperti yang dicadangkan sebelum ini,” katanya kepada media.
Beliau berkata, dalam permohonan mereka tegaskan hanya peneroka felda, isteri, anak, serta pekerja tetap Felda layak jadi ahli koperasi itu.
Pada 12 Jun tahun lalu, keempat-empat peneroka itu menfailkan permohonan di mahkamah tersebut bagi memohon deklarasi bahawa keputusan responden pertama dan kedua iaitu Panel Pertikaian SKM, SKM, bertarikh 23 Mei lalu, yang mengekalkan keanggotaan Mohd Isa adalah tidak sah, terbatal dan tidak punyai apa-apa kesan.
Empat peneroka tersebut adalah Abdul Talib Ali; Abdul Mubin Abdul Rahman; Abdul Razak Mohammad; dan Muhamad Noor Atan.
Mereka juga memohon mahkamah membatalkan keputusan itu dan perintah mandamus supaya KPF membatalkan keanggotaan Mohd Isa dalam KPF.
Pemohon mendakwa berdasarkan Peraturan 11(1)(c) yang dibaca bersama Peraturan 2 Undang-Undang Kecil KPF, Mohd Isa tidak layak menganggotai KPF kerana beliau bukan kakitangan yang dilantik secara tetap oleh Felda.
Mereka berkata, Mohd Isa adalah Pengerusi Felda yang dilantik secara kontrak dan Adun Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan