Ahad, 13 Januari 2013

Anwar ketuai laungan ‘merdeka rakyat’ di Stadium Merdeka

Oleh Norutul Ilham

KUALA LUMPUR : Selepas 57 tahun mencapai kemerdekaan, hari ini laungan keramat itu kembali menerjah telinga rakyat Malaysia di Stadium Merdeka, diketuai Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia mengulangi sejarah perisytiharan merdeka di tempat sama pada tanggal 31 Ogos 1957 dahulu.
Laungan tujuh kali oleh Anwar disambut 100,000 rakyat yang dahagakan Pakatan Rakyat menerajui negara.



“Saya ingin ulang jeritan merdeka. Tujuh kali dan minta semua bangun. Dengan lafaz Bismillah kita ulangi lafaz keramat laungan kemerdekaan negara seperti 57 tahun dahulu.

“Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!,” laung Anwar disambut ‘Rakyat’ oleh peserta himpunan sebagai menutup ucapan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat, petang ini.

Selepas itu, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail membaca ikrar deklarasi kemerdekaan rakyat.

Menutup himpunan, Musyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat membacakan doa.

Sebelum itu, Menteri Besar Kelantan itu mengucap syukur kerana himpunan berjalan lancar.

Terdahulu Anwar dalam ucapannya, menjamin pemimpin yang diangkat daripada kerajaan Pakatan tidak sama sekali menjadikan peluang itu untuk mengaut keuntungan negara.

“Jadi kami Pakatan ikrar bahawa dalam pentadbiran kami dalam kerajaan rakyat, tidak izinkan rasuah.
“Kalau terpaksa kami dayung, dengan tangan kami dayung, dengan jari kami dayung, tolak rasuah sama sekali,” katanya mendapat sorokan rakyat.

“Kami tak layak jadi pemimpin kalau tak dengar rungutan rakyat. Saya bersidang ke Stadium Merdeka tempat keramat isytihar merdeka. Jadi kita harus ada semangat kemerdekaan kali kedua yang lebih baik,” ujar Anwar.

Tiada ulasan: