Tindakan itu menyebabkan peguam mewakili bekas isteri Mahmud, memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas Mahmud.
Peguam Rafie Mohd Shafie memberitahu mahkamah bahawa permohonan bagi memulakan prosiding menghina mahkamah ke atas Mahmud dikemukakan ke atas anak ketua menteri itu pada 26 Disember dan ditetapkan untuk sebutan pada hari ini.
Rafie berkata ini bukanlah kali pertama Mahmud tidak hadir ke perbicaraan.
Peguam Mahmud kemudiannya memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya berada di luar negara dan memohon untuk mengenepikan permohonan bagi memulakan prosiding menghina mahkamah itu.
Rafie bagaimanapun membantah permohonan itu atas dakwaan bahawa Mahmud tidak berhak untuk merayu kes menghina mahkamah itu sehingga permohonannya didengar.
Hakim Mohamad Abdullah kemudiannya meminta kedua-dua pihak memfailkan permohonan bertulis mengenai perkara itu dan menetapkan 26 Februari untuk memutuskan sama ada memulakan prosiding menghina mahkamah atau mengenepikan permohonan tersebut.
Tarikh 26 Februari juga ditetapkan untuk meneruskan pendengaran pembahagian mutaah (hadiah) ekoran penceraian Mahmud dengan Shahnaz.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan