Jumaat, 15 Jun 2012

Muhyiddin 'bangga' jadi 'produk' poligami

Ahmad Fadli KC


 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kebiasaannya kelihatan serius dan tegas mempamerkan sisi santainya apabila secara berjenaka mengaku 'berbangga' datang daripada keluarga yang mengamalkan poligami.

NONE"Saya adalah 'produk' kebanggaan poligami.

"Ayah saya mempunyai empat orang isteri dan saya mempunyai 46 orang adik beradik, lelaki dan perempuan," katanya disambut ketawa kecil hadirin ceramahnya di Cheras tengah hari tadi.

Ayah Muhyiddin, Mohd Yassin Muhammad adalah seorang ulamak terkemuka di negeri Johor sewaktu hayatnya.

Beliau mengasaskan Madrasah Assadiah dan Sekolah Menengah Mohd Yassin di Johor.

Mufti Johor Datuk Tahril Samsudin yang pernah menuntut dengan Haji Yassin menyifatkannya sebagai ulama yang berfikiran terbuka dan berjuang menyebarkan Islam dengan penuh ikhlas.

Tiada ulasan: