Hosni digulingkan awal 2011 manakala Muammar akhir tahun lalu. Minggu lalu, mahkamah khas Mesir menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Hosni.
"Biar saya beri jaminan kepada Perdana Menteri Malaysia yang keempat bahawa beliau tidak perlu bimbang beliau akan mengalami nasib Gaddafi (pemimpin Libya) dan Mubarak (bekas presiden Mesir)," kata Kit Siang dalam satu kenyataan media menerusi blognya hari ini.
Penasihat DAP berkata, beliau juga tidak mahu melihat Dr Mahathir masuk penjara, tetapi sekurang-kurangnya tidak menghalang siasatan penuh berkaitan dengan skandal politik dan kewangan ketika 22 tahun kepimpinannya.
"Bukan sahaja berkenaan skandal-skandal terkenal di bawah pemantauan beliau, tetapi juga bagaimana institusi-institusi utama negara seperti kehakiman, perkhidmatan awam, Jabatan Peguam Negara, polis, Badan Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pilihan Raya dikompromi dan dirosakkan untuk memenuhi kehendak seorang, Perdana Menteri.
"Mahathir mendakwa tidak pernah salah guna kuasa sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri. (Oleh itu) menjadi tanggungjawabnya untuk membuktikan kesnya di depan negara, generasi masa depan dan sejarah," katanya lagi,
Dalam tulisan blognya semalam, Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak pernah takut jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) seperti dakwaan Kit Siang.
Menurutnya, perkara paling menakutkannya adalah penyalahgunaan kuasa oleh PR dengan menggunakan pertuduhan palsu untuk meletakkannya di dalam penjara walaupun beliau tidak bersalah.
Katanya, sudah tentu perkara ini diinspirasikan oleh kejadian yang menimpa Hosni angkap dan dihukum setelah tidak lagi memerintah.
“Dia betul. Saya takut. Saya takut pada bentuk salah guna kuasa seperti yang sudah ditunjukkan seorang pemimpin besar pakatan dengan menakutkan Dr Ristina Majid dan Umi Hafilda Ali supaya menarik balik surat Umi kepada saya,” katanya.
Dr Mahathir berkata, sepanjang pemerintahannya, beliau sentiasa berhati-hati agar tidak menyalahgunakan kuasa kerana menyedari beliau akan akan bersara dan kehilangan kuasa di suatu tahap.
“Jika saya menyalahgunakan kuasa, para pengkritik sudah tentu teruja mendedahkannya dan berusaha membawa saya ke penjara. Malah ia pernah dicuba beberapa kali.
“Sejak bersara, saya telah disoal siasat oleh polis dan Pejabat Peguam Negara beberapa kali. Saya juga hadir di hadapan tribunal yang bertanya dan mempersoalkan segalanya, termasuk wakil Majlis Peguam. Setakat ini tiada (tindakan) boleh dikenakan terhadap saya,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan