KL TODAY
Kementerian
Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap
buku ”Allah, Liberty And Love” dan ”Allah, Kebebasan dan Cinta” karya
penulis Irshad Manji.Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks
al-Quran KDN, Abd. Aziz Md. Nor berkata, buku itu dikenakan Perintah
Larangan kerana mengandungi unsur mengelirukan orang awam yang menyeru
kepada logik akal semata-mata dan bercanggah dengan ajaran dan pegangan
Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi amalan umat Islam di negara ini.
Pewartaan
Warta Kerajaan P.U (A) 162 bertarikh 29 Mei 2012 itu, adalah mengikut
Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, katanya dalam
kenyataan hari ini.
Katanya,
adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta
Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak,
mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual,
mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada
dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil
penerbitan larangan.
Abd. Aziz
berkata, mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan
penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau
kedua-duanya.
Irshad
Manji ialah seorang penulis wanita berfahaman Islam liberal yang
memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transeksual melalui
hasil penulisannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan