SINAR HARIAN
Ketuanya Datuk Ti Lian Ker berkata dakwaan Fuziah dalam sebuah portal berita Free Malaysia Today (FMT) semalam bahawa dua Adun MCA yang bercuti ke Australia atas tajaan Lynas dan sekembali ke tanah air mengatakan bahawa kilang itu selamat, adalah satu fitnah.
"Sebelum ini dia (Fuziah) pernah mendakwa kita (MCA) tidak mengambil perhatian dalam isu Lynas, sedangkan Adun Semambu (Datuk Pang Tsu Ming) sudah menyuarakan kebimbangan rakyat ketika projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) dibentangkan di sidang DUN pada 2008.
"Ketika itu, Fuziah tidak menyatakan pendirian dan sekarang dia pula yang mendakwa jaguh dalam isu berkenaan. Ini jelas membuktikan, dia hanya mementingkan politik daripada keselamatan rakyat," katanya kepada pemberita di Wisma MCA di sini hari ini.
Turut hadir, Phang dan Adun Teruntum, Chang Hong Seong.
Ti berkata kenyataan Fuziah di dalam FMT semalam bahawa isu Lynas menjadi mimpi ngeri kepada MCA adalah satu perkara yang bukan sahaja menggelikan hati malah ia merupakan satu helah Fuziah untuk lari daripada dihukum rakyat mengenai ketiadaannya di Parlimen minggu lepas.
"Padahal, beliaulah kononnya yang paling bijak sekali mengenai isu Lynas sehingga mengheret rakyat ke jalanan untuk protes, tetapi ketika pembentangan PSC beliau ke luar negara, kononnya untuk belajar strategi pilihan raya dan bekerja, adakah ini adil untuk rakyat yang selama ini menyokongnya," katanya.
Beliau berkata sebagai anggota Parlimen, Fuziah sepatutnya tubuhkan satu jawatankuasa bertindak khas bagi menangani isu Lynas sejak awal lagi. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan