MALAYSIA KINI
Seorang
tukang masak dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi
Alor Star hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita
yang enggan berkahwin dengannya tahun lepas.
Othman A. Aziz, 61, dijatuhkan hukuman itu selepas Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes itu.
Dalam penghakimannya, Mohd Zaki berkata berdasarkan keterangan pakar patologi, terdapat 26 luka tikaman dan empat luka hirisan pada bahagian dada dan belakang mangsa.
"Luka tikaman itu menembusi organ dalaman si mati dan tertuduh mempunyai niat untuk membunuh si mati. Jadi mahkamah tiada pilihan lain selain menjatuhkan hukuman mati terhadap tertuduh mengikut peruntukan undang-undang iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Mengikut pertuduhan, Othman didakwa membunuh Ratna Sufizzahriyanti Omar, 23, di dalam sebuah bilik bernombor G 12 di rumah nombor 1926H, Taman Mahkota, Jalan Stadium di Alor Star antara pukul 8.45 malam 2 Mei 2011 hingga 12.45 pagi 3 Mei 2011.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Othman yang merupakan bapa kepada dua orang anak dalam rayuannya memohon maaf kepada isteri dan anak-anaknya serta keluarga mangsa.
"Saya mohon mahkamah pertimbangkan rayuan kes saya dan saya insaf dengan apa yang telah terjadi. Saya juga mohon agar mahkamah mempertimbangkan supaya saya boleh menjalani hukuman penjara di Selangor kerana keluarga saya berada di sana," katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nor Hasnita Wan Daud manakala tertuduh diwakili peguam A. J. Surinarayanan. Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan