"Kali ini mungkin
anak saya Fadzullah yang kena (ISA), esok lusa tidak tahu siapa pula
yang kena." Kenyataan seperti ini sering didengar dari ahli keluarga
tahanan ISA yang berani ke hadapan memprotes penahanan ahli keluarga
mereka di bawah akta Zalim ISA.
Pada jam 11 pagi ini, 40 orang aktivis bersama dengan Gerakan Mansuhkan ISA berkumpul di hadapan bangunan parlimen bersama ahli keluarga tahanan ISA bagi mendesak kerajaan membebaskan segera ke semua 45 orang tahanan ISA yang masih merengkuk di dalam Kem Tahanan Kamunting.
Turut bersama di dalam perhimpunan PROTES Desak Bebas Tahanan ISA 45 ialah Haji Abdul Razak ayah kepada Fadzullah, salah seorang tahanan ISA yang masuk tahun kedua berada di Kem Tahanan Kamunting. Fadzullah adalah antara tahanan ISA yang telah melancarkan mogok lapar masuk hari kelapan pada hari ini. Mengikut maklumat dari pihak peguam yang telah menziarahi mereka, Fadzullah dan dua orang yang lainnya hanya minum sedikit dan langsung tidak menjamah sebarang makanan.
Abdul Razak memaklumkan bahawa kali terakhir mereka menziarahi Fadzullah di Kem Tahanan Kamunting tiga minggu yang lepas Fadzullah kelihatan termengah-mengah dan mengadu sakit perut. Namun ketika itu beliau mengaku yang beliau sudah menghentikan mogok lapar kerana pihak Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan lawatan bersama pihak SUHAKAM dan berjanji akan mendengar segala aduan mereka.
Mogok Lapar fasa kedua dilancarkan semula oleh tahanan ISA apabila pengaduan mereka tidak diendahkan dan mereka masih terus-terusan ditahan walaupun ISA sudah dimansuhkan. Menteri Dalam Negeri tetap tidak memberikan sedikitpun perhatian kepada desakan mereka.
Menurut Khairunniza Md Akhir, isteri Mustawan Ahbab juga seorang tahanan ISA di Kamunting, tiga orang tahanan ISA yang telah melancarkan mogok lapar sudah kelihatan lemah. Pihak Kem Kamunting telah mengambil tindakan mengasingkan mereka dari semua tahanan yang lain atau dipanggil sebagai "solitary confinement". Tujuan utama tindakan ini ialah agar tindakan mereka tidak diikut sama oleh tahanan yang lainnya.
Namun semangat perjuangan tahanan ISA yang dizalimi ini tidak dapat dibendung walau mereka telah diasingkan. Maklumat terkini yang diterima oleh Gerakan Mansuhkan ISA, kini sejumlah tujuh orang tahanan telah melancarkan mogok lapar dengan tiga orang dari mereka sudah memasuki hari kelapan mogok lapar.
Gerakan Mansuhkan ISA dan para aktivis memandang serius akan perkara ini dan mahu pihak Kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri melalui Menteri Dalam Negeri melihat perkara ini dengan lebih serius dan menjawab segala persoalan yang timbul khususnya tentang dakwaan penderaan dan kezaliman yang didakwa dilakukan ke atas tahanan ISA ketika mereka ditahan selama 60 hari di Pusat Tahanan Reman Polis sebelum dihantar ke Kamunting.
Dakwaan penderaan dan penyeksaan ini ditulis sendiri oleh tahanan ISA dan berjaya dibolos keluar dari Kem Tahanan Kamunting.
Antara pengakuan mereka melalui nota bertulis tangan ialah dibogel, digantung terbalik dan dibelasah dengan objek tumpul selain didera di bahagian sulit dengan minyak panas dan puntung rokok. Tahanan juga dilumur dengan pes cili dan dicabut bulu kemaluan dan dipaksa ketuk ketampi dalam keadaan berbogel dalam tempoh sehingga 60 hari.
Desakan dari Gerakan Mansuhkan ISA yang mewakili 82 pertubuhan NGO dan parti politik pada perhimpunan yang diadakan ialah:
1. Mendesak pihak Kerajaan khususnya Menteri Dalam Negeri untuk segera membebaskan 45 orang tahanan ISA yang masih dipenjara di Kem Tahanan Kamunting.
2. Mendesak Menteri Dalam Negeri untuk menjelaskan isu penderaan terhadap tahanan ISA yang telah didedahkan oleh tahanan sendiri.
Turut bersama di dalam perhimpunan Desak Bebas 45 orang Tahanan ISA ini ialah beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk Tian Chua, Nurul Izzah dan Mahfuz Omar.
Menurut Mahfuz Omar (gambar kanan, paling kanan), beliau kecewa dengan sikap Menteri Dalam Negeri yang masih mahu mempertahankan undang-undang zalim ini. "Unsur-unsur ISA masih wujud. Kelihatan tiada ruang kebebasan untuk rakyat. Penderaan dan penyeksaan terhadap tahanan ISA masih ada. Tahanan dibogel dan dipukul masih berterusan hingga kini."
Nurul Izzah pula mempersoalkan tentang transformasi yang sering disebut-sebut di era pemerintahan Najib Razak, namun masih ada penderaan dan penyeksaan ke atas tahanan ISA. "Perdana Menteri, Najib Razak mesti jawab, mesti memberi jawapan kepada isu mogok lapar yang diadakan."
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berjanji akan terus membangkitkan persoalan ini di sidang parlimen dan membahaskan isu tentang penderaan dan penyeksaan ke atas tahanan ISA.
Malangnya pihak kerajaan masih mahu berselindung apabila hari ini Speaker Dewan Rakyat telah menolak usul yang diajukan dengan alasan ianya melibatkan keselamatan negara dan bersifat kerahsiaan dan tidak logik untuk dibahaskan. Sekali lagi alasan keselamatan negara digunakan bagi menutup kesalahan pihak yang berwajib yang menyiksa tahanan ISA.
Gerakan Mansuhkan ISA bertekad untuk meneruskan bantahan bagi mendesak ke semua tahanan ISA dibebaskan segera. Tiada apa yang harus dilengahkan lagi sekiranya sudah pasti mereka akan dibebaskan apabila tempuh tahanan mereka tamat. Ini bermakna mereka bukanlah menjadi ancaman kepada keselamatan negara atau sesiapa sahaja.
Kenapa sehingga tahanan yang mogok lapar sanggup hingga meletakkan nyawa mereka sebagai taruhan kalau tidak kerana kezaliman yang dikenakan ke atas mereka ditahan tanpa dibicarakan, dinafikan hak untuk hidup sebagai manusia bebas. Maka satu saat mereka dipenjarakan juga adalah sesuatu yang zalim. Mereka mempertahankan prinsip bahawa mereka tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahan ke atas mereka dan mereka wajib dibebaskan segera.

*Nashita
Md Noor ialah ibu kepada empat orang anak, suri rumah, aktivis
masyarakat, tiga kali ditangkap dan dua kali merengkuk dalam penjara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan