Selasa, 26 Jun 2012

Hakim tanya mengapa k'jaan 'layan' permintaan BERSIH

Kow Gah Chie


 
Seorang peguam kanan persekutuan 'dihujani soalan' dari Hakim Mahkamah Tinggi hari ini apabila beliau tidak dapat menyatakan dengan jelas pendirian kerajaan terhadap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH).

NONEHakim Mahkamah Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, Datuk
Rohana Yusof kelihatan keliru dengan perintah Menteri Dalam Negeri mengisytiharkan BERSIH sebagai pertubuhan haram pada 1 Julai 2011, tetapi membenarkan perhimpunan duduk bantah BERSIH 3.0 pada 28 April tahun ini.

Rohana bertanya mengapa kerajaan "melayan" permintaan BERSIH untuk menganjurkan perhimpunan tersebut.

Jawapan yang diberikan oleh Peguam Persekutuan Azizan Md Arshad adalah kerajaan membenarkan BERSIH 3.0 kerana Akta Perhimpunan Aman telah dikuatkuasakan.
 
Katanya, pengharaman BERSIH tidak ditarik balik dan skop arahan yang dikeluarkan tahun lalu itu termasuk BERSIH 2.0, BERSIH 3.0 dan semua aktivitinya.

Hakim Rohana yang kelihatan tidak puashati dengan jawapan tersebut, bertanya jika menteri dalam negeri mengharamkan BERSIH dan semua aktivitinya, bagaimana pula menteri mengiktiraf perhimpunan BERSIH 3.0 di bawah undang-undang lain.

Beliau seterusnya memetik Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai contoh dan bertanya sama ada pertubuhan yang diharamkan itu boleh memohon untuk mengadakan perhimpunan di bawah akta yang sama.

"Bolehkah (setiausaha agung PKM) Chin Peng memohon untuk mengadakan perhimpunan atas kapasiti peribadinya?" soal Tommy Thomas, peguam utama yang mewakili Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan 14 yang lain.

perak state govt crisis 030309 tommy thomasTommy (kiri), dalam hujahnya mendakwa BERSIH adalah sebuah pertubuhan yang tidak diperbadankan yang mana diiktiraf oleh Common Law, dan tidak terletak di bawah bidang kuasa Akta Pertubuhan.

"Oleh itu, apabila menteri yang digunakan Seksyen 5 Akta Pertubuhan Akta untuk mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram, ini adalah ultra vires," katanya.

Tommy juga berkata BERSIH telah dinafikan hak untuk didengar  sebelum perintah itu dikeluarkan, dan ini bertentangan dengan keadilan asasi.

Azizan menyangkal bahawa Akta Pertubuhan tidak menyatakan hak untuk didengar apabila menteri membuat keputusan.

Beliau juga berkata orang yang tepat untuk membuat keputusan mengenai isu-isu berkaitan keselamatan negara dan ketenteraman awam adalah Menteri Dalam Negeri, dan mahkamah tidak boleh mempersoalkan keputusan itu.

Tiada ulasan: