Menteri
Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan usaha
membersihkan pentadbiran beliau daripada rasuah bermula dari dirinya
sendiri.
Menurutnya, beliau tidak pernah menggunakan peruntukan menteri
besar seperti kenderaan untuk ahli keluarga, rumah, perabot dan
kemudahan lain.
Beliau berkata, menteri besar tidak boleh mengambil
rasuah kerana mereka juga seorang manusia yang akan dihitung sama ada
masuk syurga atau neraka.
“Saya
tidak ambil kerana saya tahu pegang jawatan ini (menteri besar), sama
ada masuk syurga atau neraka, saya tidak mahu masuk neraka.
“Pembantu
rumah pun saya cari sendiri, pengawal keselamatan tiada, kereta yang
sepatutnya dua, saya ambil satu sahaja, malah kereta keluarga saya beli
sendiri,” katanya dalam ucaptama Wacana Ilmu Buku Rasuah, di sini,
semalam.
Beliau berkata, rasuah tidak dapat dihapuskan melalui undang- undang, sebaliknya melalui perubahan akhlak dalam diri sendiri.
Beliau berkata, rasuah tidak dapat dihapuskan melalui undang- undang, sebaliknya melalui perubahan akhlak dalam diri sendiri.
“Perkara
ini mesti difikirkan oleh rakyat kerana selagi sekular menguasai
manusia tiada agama, masalah tidak akan selesai,” katanya.
Mengulas
dakwaan penyelewengan dalam pentadbiran Kelantan Golden Trade Centre
Sdn Bhd (KGT), beliau memberi jaminan tidak akan menghalang anak
syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu disiasat.
“Sesiapa hendak siasat, 25 jam saya bagi, bukan 24 jam,” katanya.
Timbalan
Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pada 24 Jun lalu memberi
tempoh tiga minggu kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyiasat
secara terperinci berhubung dakwaan terbabit.
Awang Adek berkata, hasil siasatan terhadap pengeluar mata wang dinar dan dirham itu harus didedah kepada rakyat, dan jika ada pihak yang mempertikaikannya, kementerian akan mengarah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan. KGT adalah anak syarikat PMBK yang mengeluarkan, menempa, mengedar, menjual syiling dinar dan dirham Kerajaan Negeri Kelantan.
-Sinar Harian Online

Tiada ulasan:
Catat Ulasan