Khamis, 21 Jun 2012

Kontrak Ahmad Fuad tamat bulan depan

KL TODAY

 


Datuk Bandar baru Kuala Lumpur akan diumumkan pada akhir bulan ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, hari ini. Beliau berkata ini berikutan kontrak bagi Datuk Bandar Kuala Lumpur sekarang Tan Sri Ahmad Fuad Ismail akan tamat 15 Julai depan.

Ahmad Fuad (gambar) bersara wajib pada 15 Julai 2011 tetapi perkhidmatannya dilanjut setahun lagi secara kontrak. Terdahulu Raja Nong Chik melakukan upacara pecah tanah bagi projek jalan baru di Kg Sungai Penchala, di sini.

Pembinaan jalan baru dua lorong sepanjang 660 meter lengkap dengan pembinaan laluan pejalan kaki dan longkang tepi jalan itu menghubungkan sebahagian Kampung Sungai Penchala dengan Taman Tun Dr Ismail melalui Jalan Datuk Sulaiman.

“Projek itu dijangka siap dalam tempoh 24 minggu dan menelan belanja kira-kira RM5.4 juta,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Beliau berkata pembinaan infrastruktur yang sistematik di kawasan Kampung Sungai Penchala akan menjadikan kawasan itu berpotensi tinggi dan memberi peluang kepada pemilik tanah untuk membangunkan kawasan sekitarnya.

Tiada ulasan: