Khamis, 21 Jun 2012
Gelongsor Air RM2.69 juta Zoo Bukit Takal Terbiar
Wartawan Buletin
KEMAMAN – Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said dan pihak berkuasa Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) diminta menjelaskan, mengapa kemudahan ‘gelongsor air’ di Taman Tema Rekreasi dan Zoo Bukit Takal, Kemaman terbiar.
Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Kawawan Kemaman, Haji Zulkifli Md Yakim, orang ramai yang berkunjung mengadu, kemudahan yang terdapat di zoo terbabit adalah hanya ‘indah khabar dari rupa’.
“Gelongsor air itu dibina mula dibina pada tahun 2009 dengan kos RM 2,690,000.00, mula beroperasi sekitar Februari 2011, setelah dua tahun zoo tersebut dirasmikan,
“tapi kini sekitar setahun lebih tama tema air itu dibuka kepada orang ramai, ia menjadi terbiar, MB dan MPK kena jelaskan megapa jadi begitu,”ujarnya ketika ditemui.
Beliau berkata, beberapa kemudahan lain juga seperti seperti kemudahan ‘buggy’ dan ‘ran gajah’ juga tidak lagi disediakan kepada orang ramai kerana telah rosak dan mengalami pelbagai masalah.
Menurutnya, pembinaan berterusan yang tidak berkesudahan juga menyebabkan beberapa bahagian dalam zoo tersebut ditutup kepada orang ramai.
Mengulas perbelanjaan kerajaan yang besar dalam membangunkan pusat rekreasi terbabit, beliau berkata Ahmad Said mungkin tersalah kira atau terlupa tentang jumlah sebenar wang digunakan.
Beliau yang seorang ahli perniagaan berkata, beberapa tender pakej pembangunan zoo tersebut yang telah dilaksanakan telah pun hampir RM20 juta.
“sebagai contoh, membina Akuarium pada 4 Ogos 2008 bernilai RM 595,000.00, Membina Tempat Letak Kereta pada 3 Mei 2009 berjumlah RM 100,000.00, Pembangunan Pakej 7 : African Savana sebagaimana tender yang diberikan pada 14 September 2011 berjumlah RMRM 9,450,000.00,
“kemudian Pembangunan Pakej 9 : Wild Asia pada 18 Mac 2012 sebanyak RM 9,000,000.00,”jelasnya.
Katanya, itu tidak termasuk projek membina pencawang elektrik sebanyak RM172,000, pembinaa Pakej 8; Water Reticulation bernilai RM3.6 juta dan pembinaan pakej 5 jalan dan longkang yang berjumlah RM2 juta.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada jawapan Ahmad dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 25 April lalu.
Ahmad ketika menjawab soalan ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata pembinaan zoo terbabit hanyalah kira-kira RM14 juta sahaja.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan